Tanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40ºC dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung. Oleh itu, tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir adalah sesuai.
Seperti yang diketahui memang terdapat pelbagai jenis durian yang terdapat di Malaysia. Yang paling mendapat permintaan ialah durian jenis klon atau setengah orang pangggil durian kahwin. Di Malaysia terdapat lebih dari 200 jenis klon yang berdaftar dibawah Jabatan Pertanian. Biasanya bentuk daun adalah berbeza dengan durian klon yang lain.
Buah pala sememangnya tidak asing lagi di negeri Pulau Pinang kerana ia merupakan identiti masyarakat di Pulau Mutiara ini sejak lama dulu. Buah pala mempunyai keunikan sendiri kerana memerlukan udara laut untuk membantu pembesarannya malah sudah terbukti kebanyakan tanaman buah pula lebih berjaya di kawasan pulau.
Pokok rambutan mula berbuah tiga tahun selepas ditanam dengan anggaran penghasilan 2000kg/ha. Penghasilan meningkat jika terdapat 2 musim kemarau. Musim utama berlaku pada bulan Jun hingga Ogos dan musim kedua pada bulan Disember hingga Januari. Tempoh matang adalah antara 100 hingga 130 hari.
Nanas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae adalah tanaman tropika yang banyak ditanam di negeri Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Kelantan. Hanya Filipina dan Malaysia sahaja dari benua Asia yang tersenarai di dalam 11 negara pengeksport nanas segar utama dunia. Di Malaysia, nanas yang menjadi tumpuan terdapat empat jenis iaitu N36, MORRIS, SARAWAK dan JOSAPINE.
Tanaman pisang sesuai diusahakan dikawasan bersuhu antara 12-32ºC dengan taburan hujan antara 1000–3000 mm. Pisang boleh ditanam dipelbagai jenis tanah. Tanah yang paling sesuai ialah sederhana gembur, dengan saliran yang baik. PH tanah antara 5.5–8.0.
Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia kerana tidak lengkap rasanya sekiranya makanan tidak mempunyai rasa kepedasan. Rata-rata rakyat di negara ini, tidak mengira bangsa memang sudah biasa dengan makanan pedas. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah.
Tanaman Pitaya ini kebanyakannya ditanam berhampiran dengan ladang kelapa sawit. Setiap tiang akan ditanam dengan 4 batang pokok. Dahan-dahan tua dan tunas air dibuang bagi mengelakkan kanopi yang terlalu rimbun atau padat yang boleh menyebabkan serangan penyakit.
SELAMAT DATANG KE |
LAMAN SESAWANG JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG |
klik untuk MASUK |
![]() |
JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG |
Jalan Kulim, Cherok Tok Kun, |
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. |
No. Telefon : 04-5372144 / 04-5372145 |
No. Faks : 04-5372150 |
--- Hak Cipta Terpelihara Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang 2009 © --- |