News

Prev Next

MAJLIS PERASMIAN AGR…

MAJLIS PERASMIAN AGROFEST 2019 SEMPENA SEBERANG PERAI FESTIVAL

Majlis Perasmian Seberang Perai Fiesta 2019 yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Per... Read more

PROGRAM GERAK KERJA …

PROGRAM GERAK KERJA TANAMAN DURIAN DI PUSAT AGROPELANCONGAN RELAU

Program Wacana Intelektual Agen Pengembangan Pertanian 2019 dan Program Gerak Kerja Tanaman Durian serta Majlis Pelancaran Garis Panduan Khas Pembangu... Read more

Announcement

Prev Next

Pengumuman GACC China, No.95 Tahun 2019

[Pengumuman GACC China, No.95 Tahun 2019]Menurut Undang-undang & Peraturan China dan protokol GACC China dan MOA Malaysia mengenai keperluan pemeriksaan dan kuarantin untuk durian sejuk beku Malaysia, dibenarkan import durian... Read more

PORTAL MYAGRIC DAN AGRIS SEBAGAI SUMBER …

MyAgric adalah sebuah portal yang mengandungi maklumat sains pertanian Malaysia dan teknologi termasuklah perhutanan, penternakan, perikanan, sains makanan, sains alam sekitar dan sumber asli. Portal ini adalah satu konsep laman... Read more

No Quotation Available For Now

No Quotation Available For Now Read more

  • image
  • image
Previous Next

KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Bayam Hijau, Bayam Merah
Nama Saintifik : Amaranthus sp

Bayam Hijau :
Daun berwarna hijau sama ada berbentuk bulat atau bujur.

Bayam Merah :
Daun berbentuk bulat dan berwarna kemerahan di bahagian tepi dan tengah daun.

Komposisi Nutrien :

Kandungan Amaun/100g
Tenaga  21.0 Kcal
Air  92.9 g
Protin 2.1 g
Lemak  0.2 g
Karbohidrat  2.7 g
Serabut  0.7 g
Abu 1.4 g
Kalsium 90.0 mg
Fosforan 29.0 mg
Besi  3.8 mg
Natrium  131.0 mg
Kalium  385.0 mg
Beta-Karoten  4080.0 ug
Vitamin B1  0.08 mg
Vitamin B2 0.15 mg
Niacin 0.7 mg
Vitamin C 76.6 mg

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Licin, banyak cabang, berwarna hijau atau kemerahan.

Daun :
Bentuk bulat atau bujur. Berwarna hijau atau kemerahan .

Bunga :
Hermafrodit, berwarna putih kekuningan, berbentuk spike .

Benih :
Berwarna hitam berkilat, berbentuk bulat dan kecil. Berat 1000 biji benih ialah lebih kurang 0.3g .

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
23-35° C.

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong .

pH tanah :
5.5 - 6.5

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk 1.2 m lebar dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3 - 5 tan/ha bagi tanah mineral. Tahi ayam ditabur di batas pada kadar 3 - 5 tan/ha .

Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih   : 6 - 7 kg
Rawatan biji benih     : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g bijibenih
Teknik menanam      : Bijibenih dicampur dengan pasir halus dan ditabur terus ke atas batas
Penjarangan             : Penjarangan dibuat 14 hari selepas menabur
Jarak tanaman         : 20 cm di antara baris dan 10 cm di antara pokok.

Pengurusan Air :
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas dan dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis .

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah Jenis Baja Kadar
(t/ha/musim)
Masa 
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua Tahi ayam
NPK15:15:15
5.0 
0.6
-1 *
2,3 & 4
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging Tahi ayam 
NPK15:15:15
15-20 
1.0
-1 *
2,3 & 4
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir Tahi ayam
NPK15:15:15
20
0.8
-1 *
2,3 & 4
Gaul dalam tanah keliling pokok
3. Gambut NPK15:15:15 0.7 1, 2 Keliling pokok
4. Mineral Tahi ayam
NPK15:15:15
3.0-5.0
0.6
 -1 *
2,3 & 4 
Gaul dalam tanah keliling pokok

* Satu minggu sebelum tanam

PENGURUSAN PEROSAK

Jenis Serangga/Penyakit Simptom Cara Kawalan
Ulat Pangkas
(Agrotis ypsilon)
Memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam. Guna umpan trichlorfon dan dedak dengan kadar 1:20 atau sembur dengan chlorfluazon atau fenvalerate.
Ulat ratus 
(Spodoptera litura)
Makan daun dan pucuk, menyerang secara kelompok. Guna racun trichlorfon, permethrin atau fenvalerate. Musnah serangga dan daun yang diserang.
Hawar melecuh
(Cystopus bliti)
Tompok-tompok putih di bahagian bawah daun. Guna racun kulat benomyl dan amalkan tanaman giliran.
Lecuh anak benih
(Pythium butleri)
Menyerang anak benih. Rawat benih dengan captan, elak menanam di kawasan lembab. Guna racun benomyl jika perlu.

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
28 - 30 hari selepas menyemai .

Hasil (kg/ha) :
1500.

Cara mengutip hasil :
Pokok dicabut dengan akarnya sekali.

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, pembasuhan, penggredan dan pembungkusan.

Penyimpanan :
Suhu 1 - 3 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 1 minggu .

EKONOMI PENGELUARAN

Kos Pengeluaran/ha RM 5,969 (Tenaga Upah)
RM 4,708 (Tenaga Keluarga)
Pendapatan Kasar/ha RM 15,000 (@ RM1.00/kg)
Pendapatan Bersih/ha RM 9,031 (Tenaga Upah)
RM 10,292 (Tenaga Keluarga)
jnp3 j.pertanian2 moa3 mada3 moa4 mardi3 lkim3  fama3 ikan
lpp3 kada3 iinppi3 ksn3 tekun3 maqis3 agro-bank agribazaar2 

mobilefacebook    youtube     

mygov direktori2 iim2 msc3 bless2
mampu3 myeg2 agris sme2