Fungsi Cawangan Teknikal

FUNGSI CAWANGAN TEKNIKAL

Cawangan Pembangunan Komoditi

  • Membangunkan industri tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpotensi serta florikultur bagi memenuhi matlamat Dasar Pertanian Negara.
  • Membangunkan pakej teknologi tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpotensi serta florikultur berdasarkan projek pemerhatian teknologi dan technology prospecting.
  • Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan nasihat kepada pengusaha.
  • Mengeluarkan dan membekalkan benih berkualiti dan bahan tanaman kepada pengusaha tanaman.
  • Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi kepada pengeluar benih padi sah swasta.
  • Membangunkan industri buah-buahan secara komersil dan berdaya saing di samping mempromosikan teknologi terkini bagi menyokong program pengembangan Jabatan Pertanian.
  • Membangunkan industri sayuran dan tanaman ladang secara komersil dan berdaya saing di samping mempromosikan teknologi terkini bagi menyokong program pengembangan Jabatan Pertanian.
  • Mengeluarkan benih dan bahan tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman ladang yang berkualiti serta memulihara dan membangunkan sumber genetik tanaman.

Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Tanah

  • Menjalankan penyiasatan tanah bagi menentukan jenis-jenis tanah untuk perancangan projek-projek pembangunan pertanian dan lain-lain kegunaan seperti pembinaan infrastruktur, perancangan bandar dan desa.
  • Menjalankan penyiasatan guna tanah dan mengeluarkan peta guna tanah Semenanjung Malaysia serta perangkaan dan hasil pertanian.
  • Mengenalpasti dan memajukan teknologi pembajaan dan pengurusan kesuburan tanah yang berkesan meningkatkan produktiviti tanaman mengikut jenis tanah.
  • Memberi panduan pengurusan tanah dan air untuk mengawal hakisan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti pembangunan ke arah pertanian pembangunan mapan.
  • Menyediakan perkhidmatan analisis untuk contoh-contoh tanah, daun, baja, air dan hasil pertanian.

Cawangan Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan

  • Melindungi sektor pertanian negara daripada serangan dan kemerebakan penyakit dan perosak melalui khidmat perundingan serta kepakaran dan program-program kawalan dalam bidang perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan.
  • Menjaga keselamatan pertanian dan melindungi negara daripada perosak asing melalui perlaksanaan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 serta penguatkuasaan Akta Kastam dan CITES untuk menjaga kepentingan negara supaya bahan tumbuhan dan janaplasma yang bernilai tinggi dari segi genetik dan komersil tidak keluar dari negara.

Cawangan Pembangunan Sumber Manusia

  • Melaksanakan program latihan jangka pendek/lanjutan di dalam/luar negara untuk pegawai Jabatan.
  • Melaksanakan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk pegawai Jabatan.
  • Melaksanakan latihan Sijil Pertanian untuk belia lepasan SPM.
  • Melaksanakan Program Inkubator Usahawan Belia Tani untuk belia.
  • Melaksanakan latihan Sijil Kemahiran Malaysia untuk belia lepasan sekolah.