Pengumuman

PORTAL MYAGRIC DAN AGRIS SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BERKAITAN PERTANIAN TERBITAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

MyAgric adalah sebuah portal yang mengandungi maklumat sains pertanian Malaysia dan teknologi termasuklah perhutanan, penternakan, perikanan, sains makanan, sains alam sekitar dan sumber asli. Portal ini adalah satu konsep laman web dan katalog kesatuan yang menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan pertanian Malaysia.

http://www.myagric.upm.edu.my/

 

AGRIS Malaysia pula adalah pangkalan data yang mengandungi rekod bibliografi sains dan teknologi pertanian, termasuklah perhutanan, penternakan, perikanan, sains makanan, sains alam sekitar meliputi geografi, sejarah, pendidikan, pembangunan maklumat, ekonomi, sosiologi, kejuruteraan dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Bahan-bahan yang diindeks dalam pangkalan data ini terdiri daripada artikel jurnal, buku, bab-bab buku, monograf dan kertas persidangan yang diterbitkan di Malaysia.

http://www.agris.upm.edu.my:8080/dspace/