Pengumuman

PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA DALAM SEKTOR AGRO MAKANAN

Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah melaksanakan Program MyFutureAgro di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan insentif untuk memudahcara mobiliti tenaga kerja pertanian kepada perantis melalui syarikat bagi melatih tenaga kerja untuk menceburi bidang Agromakanan disamping menggalakkan pengambilan pekerja.

Program ini menawarkan dua (2) jenis insentif iaitu Elaun Penggajian dan Bantuan Mobiliti. Program ini dijalankan sebagai intervensi secara lansung bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan pada tempoh pasca COVID-19 mendapatkan latihan dan kemahiran dalam bidang agromakanan.

Untuk makluman, permohonan dibuat secara atas talian. Permohonan dan maklumat lanjut mengenai program ini boleh dicapai melalui https://www.mafi.gov.my/web/guest/myfutureagro

 

MyFutureAgro