Kursus & Latihan

KURSUS TEKNOLOGI TANAMAN

Jabatan Pertanian Pulau Pinang telah merancang Jadual Kursus Teknologi Tanaman sepanjang Tahun 2015 dan tertakluk kepada jadual semasa bagi petani dan usahawan bimbingan Jabatan ini. Antara contoh Kursus yang telah di adakan adalah seperti berikut:-

  1. Kursus Amalan Pertanian Baik (APB)
  2. Kursus Intergrated Pest Managment (IPM)
  3. Kursus Pengembangan Racun Perosak
  4. Kursus Penyakit Tanaman - Diagnostik  Penyakit & Kekurangan Nutrien Tanaman Sayuran & Buah / Pengurusan Tanaman Pisang (Penyakit Moko & Layu Fusarium)

* Tertakluk kepada sebarang perubahan tarikh dan jadual Jabatan.

Keutamaan diberikan kepada petani dan usahawan tani yang terlibat dalam bidang pertanian di Negeri Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pertanian Pulau Pinang .

 

LATIHAN HANDS-ON'

Jabatan Pertanian Pulau Pinang menyediakan Latihan Hands On dan Khidmat Nasihat Teknologi Tanaman kepada petani dan usahawan yang berminat dengan teknologi berbentuk inovasi pertanian;

  1. Taklimat Teknologi Tanaman secara Fertigasi
  2. Teknologi Pengeluaran Taugeh [SePTA]

Tawaran latihan terbuka kepada petani dan usahawan yang berminat. Kaedah penyampaian teknologi adalah secara Hands On dan langsung dilapangan kerja. Petani, Usahawan yang berminat boleh menghubungi Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang untuk temujanji.