Regulatori

KHIDMAT REGULATORI

Jabatan menyediakan perkhidmatan regulatori melalui Bahagian Kuarantin Tumbuhan 1976 dalam fungsinya;

  1. Melindungi sektor pertanian negara daripada serangan dan kemerebakan penyakit dan perosak melalui khidmat perundingan serta kepakaran dan program-program kawalan dalam bidang perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan.
  2. Menjaga keselamatan pertanian dan melindungi negara daripada perosak asing melalui perlaksanaan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 serta penguatkuasaan Akta Kastam dan CITES untuk menjaga kepentingan negara supaya bahan tumbuhan dan janaplasma yang bernilai tinggi dari segi genetik dan komersial tidak keluar dari negara.

Akta Kuarantin Tumbuhan 1976: Keputusan bagi permohonan sijil/permit/lesen yang memenuhi syarat/keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:-

  1. Permit import bagi tumbuhan, bahan tanaman, media tanaman, bahan pembungkus, tanah, organisma berfaedah dalam masa 5 hari.
  2. Permit import bagi baja organik dan mikroorganisma dalam tempoh 3 bulan hingga 6 bulan.
  3. Lesen eksport, Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on Internasional Trade in Endangered Species) dalam masa 2 hari.
  1. Akta  Racun  Perosak  1974
  2. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
  3.  Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit CITES
  1. Pengeluaran permit import bagi racun perosak untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
  2. Pengeluaran lesen premis untuk menjual racun perosak dan penyimpan racun perosak untuk jualan.
  3. Pendaftaran racun perosak yang diimport dan dikilang untuk jualan.
  4. Kelulusan penyemburan racun perosak melalui udara.
  5. Kelulusan pengiklanan racun perosak.
  1. Pengeluaran permit import bagi tumbuh-tumbuhan, produk tumbuhan dan organisma/mikroorganisma.
  2. Pengeluaran sijil fitosanitasi bagi tumbuh-tumbuhan dan komoditi pertanian untuk eksport.
  3. Kuarantin lepas masuk.
  1. Perintah Kastam (Larangan  Mengenai  Eksport) 1988; Pengeluaran lesen eksport bagi tumbuh-tumbuhan.
  2. Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesis-spesis Haiwan dan  Tumbuhan Liar Yang Terancam  Pupus (CITES); Pengeluaran permit CITES bagi tumbuh-tumbuhan liar yang terancam pupus untuk eksport.