Teknologi Tanaman

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI ( PRE ) TAHUN 2009 -2010

Projek-projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dilaksanakan bertujuan untuk merangsang ekonomi Negara. Terdapat dua projek PRE di bawah tanggungjawab Jabatan Pertanian adalah Projek Pembangunan Tanah Terbiar (ACDA) dan Projek Pembangunan Industri Kelapa.

Projek Pembangunan Tanah Terbiar (ACDA) :-

• Pada tahun 2009, peruntukan sebanyak RM 15,040,200 (termasuk Sabah & Sarawak) telah diterima oleh Jabatan Pertanian untuk
  membangunkan tanah terbiar di 151 lokasi dengan keluasan 1,465.7 hektar.
• Pada tahun 2010 pula, dijangka peruntukan sebanyak RM 15 juta (termasuk Sabah & Sarawak) akan diterima oleh Jabatan Pertanian untuk
  membangunkan tanah terbiar seluas 750 hektar.

Projek Pembangunan Industri Kelapa

• Pada tahun 2009, peruntukkan sebanyak RM 7,526,800 (termasuk Sabah & Sarawak) telah diterima oleh Jabatan Pertanian untuk
  membangunkan industry kelapa di 41 lokasi dengan keluasan 1,562.3 hektar.
• Pada tahun 2010 pula, dijangka peruntukkan sebanyak RM 10 juta (termasuk Sabah & Sarawak) akan diterima oleh Jabatan Pertanian untuk
  membangunkan dan memuliharakan kawasan kelapa seluas 4,081 hektar.