Teknologi Tanaman

MAJLIS GRADUASI FASILITATOR FARMER FIELD SCHOOL

 MG 5563 min
MAJLIS GRADUASI DAN PENYAMPAIAN SIJIL FASILITATOR FARMERS FIELD SCHOOL PADI
 
24.02.2017- S. JAYA PULAU PINANG
 
Penyampaian Teknologi kepada golongan sasar merupakan titik fokus kepada pelaksanaan pengembangan. Farmers Field School (FFS) dicetuskan oleh Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur, Jabatan Pertanian dengan kerjasama IADA Pulau Pinang bertujuan mencari platform yang sesuai untuk mempromosikan beberapa aktiviti jabatan. 
 
Sehubungan dengan itu, satu majlis penyampaian sijil kepada sekumpulan 23 petani kontak telah berjaya mengikuti program Farmers Field School berasakan tanaman padi di Pusat Kecemerlangan Teknologi Padi Bumbong Lima, Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Transformasi IADA Seberang Jaya Pulau Pinang hari ini.
 
Ekoran dari latihan yang telah diberikan kepada peserta FFS, Pegawai Pengembangan Kawasan (APK) perlu membuat pemantauan ke atas graduan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai dalam melaksanakan penyeliaan graduan FFS sebagai kontak tani.
 
Majlis Penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Jabar bin Shaik Mohideen bertempat di Dewan Transformasi IADA Seberang Jaya, Pulau Pinang. 
 
Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan syabas kepada Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan IADA yang telah menyediakan wadah di atas smart partnership yang membawa kepada usaha sama dalam penyampaian teknologi dan ilmu diantara fasilitator yang terdiri daripada APK dan petani. 
 
Smart partnership ini diharap akan menyumbang kepada peningkatan penyediaan bahan makanan ruji (beras) kepada peningkatan dan penambah penduduk dunia khususnya penduduk Malaysia sendiri. Beliau juga mengesyorkan program FFS ini dikembangkan kepada komoditi lain seperti buah-buahan atau sayur-sayuran.
 
Program yang bermula pada 13 Oktober 2016 dan berakhir pada 26 Januari 2017 bagi musim 2/2026 dimana tenaga pengajar program yang terdiri daripada pakar-pakar bahagian teknikal dalam bidang pertanian di Jabatan Pertanian.
 
Turut hadir dalam majlis ini termasuk Pengarah IADA Pulau Pinang, Pengarah Pertanian Negeri Pulau Pinang, Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah pertanian Negeri.