Investment Consultation

KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PELABURAN

Jabatan Pertanian Labuan menyediakan khidmat perundingan dan pelaburan bagi petani, usahawan tani dan syarikat-syarikat yang berminat dalam sektor pertanian. Khidmat ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan perkara-perkara yang menyukarkan pelanggan dalam menjalankan perniagaan dan usaha dalam bidang pertanian.

Perundingan adalah merupakan satu kaedah pengembangan yang selalu digunapakai untuk memberi khidmat nasihat terutama mengenai peluang-peluang pelaburan dan kemudahan-kemudahan insentif kepada usahawan-usahawan dan pihak swasta. Golongan ini selalunya dikaitkan dengan keupayaan kewangan yang lebih kukuh, tahap pendidikan yang tinggi serta mempunyai pengalaman dan pendedahan yang luas mengenai sesuatu teknologi.

Antara khidmat nasihat dan perundingan pelaburan yang diberikan;

  1. Kajian daya maju projek pertanian.
  2. Kesesuaian  tanah dan agroiklim bagi pelbagai tanaman
  3. Pakej  teknologi  bagi pengeluaran pelbagai tanaman makanan dan industri,  yang meliputi; Agronomi tanaman dan lepas tuai komoditi pertanian, Sistem  pengairan ladang dan  kejenteraan  ladang dan Kawalan dan pengurusan, perosak dan penyakit tanaman.
  4. Kejuruteraan  bengkel  dan  peralatan, untuk  pembangunan  industri  kecil  dan  sederhana berasaskan  pertanian.
  5. Pembangunan  tapak  semaian  bagi  pengeluaran  benih  tanaman  buah-buahan,  koko, kopi, kelapa,  bunga-bungaan dan  tanaman  hiasan.
  6. Pembangunan tanah dan infrastruktur projek pertanian.
  7. Pemuliharaan tanah di kawasan pertanian berdasarkan garis panduan pembanguna pertanian di kawasan cerun.
  8. Pelancongan dalam pertanian.