Pemeriksaan Tanah

KHIDMAT PEMERIKSAAN TANAH

Jabatan Pertanian Malaysia merupakan agensi utama yang memberi perkhidmatan siasatan tanah dan merupakan ‘custodian’ bagi maklumat tanah Negara. Cawangan Teknikal Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan siasatan tanah dan pemeriksaan tanah di lapangan atau kebun/ladang. Kaedah siasatan dan pemeriksaan tanah yang digunakan adalah kaedah fizikal.

 

Sejenis peralatan khas seperti pH Meter digunakan untuk mengetahui tahap keasidan tanah dan kesesuaian jenis tanaman. Keputusan nilai pH tanah dapat diketahui dengan serta merta.

 

Keputusan pemeriksaan dimaklumkan kepada petani/usahawan berdasarkan bacaan pH Meter berkaitan keadaan tanah dan kesesuaian tanah, jenis tanaman dan khidmat nasihat pelaksanaan projek pertanian yang akan dilaksanakan.

 

LAPORAN PERTANIAN BAGI PERMOHONAN PINDAH MILIK TANAH

Laporan ini diperlukan sekiranyan Agensi terlibat mengkehendaki pematuhan syarat khas atau syarat nyata seperti yang terdapat dalam geran tanah seorang pemilik tanah tersebut. Syarat-syarat khas atau syarat nyata yang terdapat pada geran tanah seperti 'The said land is demised herein expressly and only for the purpose of the cultivation of an agricultural crop economic value, ..The said land shall be cultivated, developed and maintained in accordance with good husbandry practice throught the whole period of tenure of this title'. Pemilik tanah mestilah mendapatkan pengesahan terhadap kepatuhan syarat-syarat tersebut di Jabatan Pertanian P. Pinang.