Tanah Terbiar Merugikan Negara (Daftar Segera)

Definasi Tanah Terbiar  

  • Tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut.


Penentuan Lot Tanah Terbiar

  • Penentuan lot tanah terbiar yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian adalah mengikut kaedah spatial berasaskan padanan data guna tanah dengan peta kadaster. Maklumat yang diperolehi seterusnya dibuat verifikasi di peringkat lapangan bagi menentusahkan lot tanah terbiar.

  • Bagi tahun 2014, Jabatan Pertanian telah mengenalpasti seluas 119,273.38 hektar tanah terbiar yang melibatkan 69,734 lot di Semenanjung Malaysia termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan.

  • Untuk makluman, maklumat tanah terbiar adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa berdasarkan:

    • pertambahan kawasan tanah terbiar baru yang memenuhi definasi tanah terbiar.

    • pengurangan kawasan tanah terbiar dengan pelaksanaan projek pembangunan.


Pengenalpastian Pemilik Tanah

  • Berdasarkan maklumat nombor lot dan keluasan tanah terbiar yang dipaparkan, usahawan yang berminat untuk membangunkan tanah terbiar dengan projek pertanian boleh membuat carian rasmi di Pejabat Tanah bagi mengenalpasti pemiliknya.

 

Pengenalpastian Pemilik Tanah

  • Kesediaan pemilik tanah untuk memberi kebenaran membangunkan tanah terbiar adalah tertakluk kepada rundingan yang dijalankan di antara usahawan dengan pemilik tanah.

  • Pegawai Jabatan Pertanian di daerah atau di kawasan bertindak sebagai fasilitor dan menjalankan penemusuaan di antara usahawan yang berminat dengan pemilik tanah melalui kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin tempatan.

Potensi Tanaman

  • Bagi mendapatkan maklumat kesesuaian tanaman bagi tanah terbiar yang ingin dimajukan, pemilik tanah/usahawan boleh mendapatkan Khidmat Penyiasatan Tanah daripada Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian. Perkhidmatan ini dikenakan bayaran di bawah 'Akta Fi tahun 1951 (pindaan 1995)'.

Pendaftaran

  • Usahawan/pemilik tanah yang berminat untuk memajukan tanah terbiar boleh mendaftar melalui capaian yang disediakan.

       : - Usahawan Tanah Terbiar

       : - Pemilik Tanah Terbiar