Tanaman Betik Mampu Memberi Pulangan Modal Seawal Setahun Enam Bulan

6 Januari 2021, Rabu - YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah meluangkan masa melawat dan beramah mesra bersama pengurus syarikat Proven Harvest Sdn. Bhd, En. Lai Kian Wei atas kejayaan syarikat tersebut dalam tanaman betik di Kampung Kuak, Lenggong, Perak.
Syarikat tersebut telah mengusahakan tanaman betik sejak beberapa tahun yg lepas dan sehingga kini atas bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perak En. Lai telah berjaya mempunyai kawasan bertanam seluas 12 ekar dengan 8000 pokok betik dari varieti sekaki.
Tanaman betik mampu berbuah seawal 6 bulan selepas ditanam. Dengan jarak tanaman 2.7 x 1.8 meter, kawasan seluas satu hektar boleh ditanam sehingga 2000 pokok. Anggaran hasil betik yang pernah dicatatkan sehingga 8mt/hektar.
YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan & Regulatori),YBhg Dato’ Zahimi Hassan,Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Norsiyenti Othman, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Perak, En. Shahril Sabri serta pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
 
134708993 3739970646061029 8190845974610681459 n