KETERANGAN AM

Nama Biasa : Padi
Nama Saintifik : Oryza sativa L.
Keluarga : Oxalidaceae

Asal :
Padi dikatakan berasal dari daerah lembah Sungai Gangga dan Sungai Brahmaputra dan dari lembah Sungai Yangtse . Di Afrika, padi Oryza glaberrima ditanam di daerah Afrika barat tropika.

Kawasan Utama Tanaman :
Tanaman Padi boleh didapati di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia terutama di negeri-negeri Kedah, Selangor, Pelis dan Pulau Pinang.

Kandungan Zat Makanan :

Kandungan Beras tidak digilap Beras digilap
Protin (g) 8.0 7.1
Karbohidrat (g) 76.0 79.0
Lemak(g) 1.8 0.5
Serabut (g) 0.5 0.4
Kalsium (mg) 53.0 11.0
Besi 4.4 1.4
Fosforus (g) 195 118
Kalium (mg) 59 31
Natrium (mg) 54 22
Vit. B1 (mg) 0.38 0.11
Vit. B2 (mg) 0.14 0.06
Niacin (mg) 5.5 3.3

TANAMAN BOTANIA

Batang :
Berongga, tegak, 30-150cm tinggi Buku padat dan bengkak dan kerapkali bahagian bawah ruas berwarna samar atau unggu tua.

Daun :
Daun panjang dan lurus 10 - 20 daun yang mempunyai upih daun panjang. Ligul panjang, aurikel terdapat di bahagian pertemuan upih daun dan lai daun. Urat tengah daun ketara, kadang kala berbulu.

Akar :
Sistem akar adventitius Akar bertukar warna dari putih ke perang apabila berlaku proses pengoksidan dalam tanah.

Bulir :
Padat, bermula dari pangkal batang keluar daripada upih daun pengasuh. Mempunyai 1-7 cabang.

Spikelet :
Terdiri daripada kelompok sekam (glume), kulit padi (lemma mandul & Palea) dan organ pembiakan.

Bunga :
Terdiri daripada lemma dan palea (kulit padi), 2 lodicule, 6 stamen di keliling ovari.

Biji :
Ditutupi oleh lemma dan palea (kulit padi) Lapisan luar dedak (pericarp) berwarna putih atau perang.

Pendebungaan :
Pendebungaan padi adalah secara sendiri.

Kultivar / Klon :

Ciri-Ciri
MR 84
MR 159
MR 167
MR 185
MR 219
Luar Musim 125 120 121 115 111
Musim Utama 115 116 104 112 105
Luar Musim 138 134 130 125 n.a
Musim Utama 124 125 124 122 n.a
Bil. tangkai/perdu 13-17 12-16 15-17 13-16 n.a
Bil. spikelet/tangkai 130 126-138 118-127 140 150
Spikelet Bernas (%) 84 n.a n.a 90 63.4
Berat 1000 biji (g) 26 25.7 23.7 25.3 27.11
Hasil Pengeluaran (tan/ha) 4.0-6.2 3.9-6.7 4.5-5.8 5.0-7.0 5.9-10.73
Hasil Pengeluaran (tan/ha) Sederhana Sederhana Sederhana n.a n.a
Hasil Pengeluaran (tan/ha) Rintan Rintan Rintan Rintan Rintang
Hasil Pengeluaran (tan/ha) Rentan Rentan Rentan n.a Rintang
Hasil Pengeluaran (tan/ha) Rentan Rentan Rentan Sederhana Sederhana
Hasil Pengeluaran (tan/ha) Rentan Rentan Rentan Sederhana Sederhana
Hasil Pengeluaran (tan/ha) Rentan Rentan Rentan n.a Sederhana
Green Plant Hopper (PMV) Sederhana Rintang Rentan Sederhana Sederhana

KEPERLUAN TANAMAN

Suhu :
Tanaman padi sesuai pada suhu 20°C-33°C dan purata hujan sebanyak 200-300 mm/bulan.

Tanah :
Padi tumbuh di tanah jenis lempung,lempung berkelodak, lom lempung dan lempung berpasir dan mempunyai pH tanah sekitar 5.5 - 6.5.

AMALAN KULTUR

Penyediaan Tanah :
Hapuskan rumpai sebelum dan selepas membajak. Baiki batas, parit dan tali air selepas menuai. Membajak 2 - 3 kali. Merata tanah sawah untuk mengawal paras air seluruh petak.

Penyediaan Benih :
Sedia benih pra-cambah : Rendam benih selama 24 jam, buang air dan sejatkan selama 24 jam (untuk MR 219, rendam benih selama 48 jam).

Penyediaan Tapak Semaian :
Untuk sistem mengubah, tabur benih pra-cambah sekata di atas tapak semaian. Untuk sistem mengubah berjentera, tabur benih pra-cambah dalam kotak-kotak semaian yang sesuai.

i)  Sistem Tabur Terus - Tabur benih pra-cambah secara manual atau menggunakan mesin penyembur dengan kadar benih 150 kg/ha
ii) Sistem Mengubah - Kadar benih ialah 25 kg/ha untuk sistem mengubah secara manual dan 50 kg/ha jika menggunakan mesin mengubah.
    Jarak tanaman ialah 25 x 25 cm. Guna anak benih berumur 25 hari. Mengubah 2 - 3 anak pokok/lubang secara manual atau jentera
    mengubah.

Pembajaan :
Pengesyoran kadar baja berbeza mengikut zon kawasan padi dan ianya berdasarkan analisis tanah dan sistem DRIS (Diagnostic Recommended Integrated System).

Zon
Hasil Sasaran (t/ha)
5.5 7.5 10
Kadar Baja (kg/ha)
N P2O5 K2O N P2O5 K2O N P2O5 K2O
KADA, KETARA & Kemasin Semerak 90 40 50 130 60 100 Potensi Terhad
PBLS 90 40 40 120 60 100 170 80 150
MADA 90 40 40 120 60 100 170 80 140
Seberang Perak 90 40 40 120 60 100 170 80 150
Seberang Perai 90 40 40 120 60 100 170 80 150
Kerian Laut 90 40 40 Potensi Terhad Potensi Terhad
Kerian Darat/Sg. Manik 90 40 80 Potensi Terhad Potensi Terhad

Masa pembajaan adalah seperti berikut :

Masa Penggunaan Jenis Baja % Baja Disyorkan
15 - 20 HLT Baja Campuran Subsidi 100%
35 - 40 HLT Urea 100%
50 - 60 HLT Sebatian* 50%
70 - 75 HLT Sebatian* 50%

Pengurusan Air :
Sistem pengurusan air sempurna bagi tanaman padi akan :
- Membekal air yang mencukupi
- Menahan air di dalam setiap lot
- Membuang air dari ladang

Keperluan Air di Peringkat Tumbesaran Pokok Padi :

HLT Peringkat Tumbesaran Padi Tahap keperluan Air
30 Baja Campuran Subsidi Amat Mustahak
40 Beranak Aktif Mustahak
60 Beranak Tidak Aktif Mustahak
70 Pembetulan Bulir Mustahak
80 Bunting Amat Mustahak
100 Terbit dan Bersusu Amat Mustahak
115 Matang Tidak Mustahak
130 Tuai Tidak Mustahak

Teknik Pengurusan Air Bagi Sistem Tabur Terus :

Peringkat Paras Air
Merotor 5 cm
1 hari sebelum tabur benih Semua air disaliri keluar
7 - 10 hari selepas tabur 3 - 5 cm
15 - 20 hari sebelum penuaian Semua air disaliri keluar

PENGURUSAN PEROSAK

Pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu Melibatkan :
- Penggunaan varieti rintang
- Amalan kultural
- Pengawasan dan ramalan perosak
- Kawalan biologi
- Penggunaan kimia secara bijaksana

Penyakit :
Penyakit yang sering menyerang padi adalah seperti berikut :

Penyakit
Tanda-tanda
Kawalan
Karah Padi
(Pyricularia oryzae)
Berbentuk lonjong dan runcing di hujung, pada daun, tangkai dan buah padi. 1. Guna varieti rintang.
2. Rawat benih dengan racun kulat
    (benomil, thiram)
3. Sembur dengan endiphenfos dan
    benomil.
4. Elakkan penggunaan baja N berlebihan.
Hawar Seludang (Thanatephorus cucumeris) Bintik berwarna kelabu kehijauan bundar pada seludang atau upih daun. 1. Elakkan penggunaan baja N berlebihan.
2. Sembur dengan racun monuren,
    benomil.
Hawar Daun Bakteria (Xanthomonas campestris) Bintik kecil yang basah di tepi daun. Bintik-bintik membesar dan daun menjadi kuning dan layu. Diperingkat teruk, tepi daun berombak. 1. Guna varieti rintang.
2. Elakkan penggunaan baja N berlebihan.
Penyakit Merah Virus
(Virus)
Pokok bantut, warna daun merah atau jingga dan daun berpintal. 1. Guna varieti rintang.
2. Kawal pembawa virus (bena hijau)
    dengan racun BPMC atau propoxur.
3. Musnahkan pokok berpenyakit.

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang padi adalah seperti berikut :

Perosak
Tanda-tanda
Kawalan
Benang Perang (Nilaparvata lugens) Daun menjadi kuning dan kering dengan simptom yang dinamakan "hopper burn" 1. Guna varieti rintang
2. Sembur dengan BPMC atau
    ethofenprox.
3. Keringkan sawah apabila serangan
    teruk.
Kutu Bruang (Scotinophara coarctata) Nimpa dan dewasa menghisap batang di paras air. Pokok bantut dan buah padi tidak menjadi. Jika serangan teruk, pokok layu dan kering. 1. Hapuskan semua rumpai.
2. Bajak tunggul-tunggul jerami selepas
    tuai.
3. Sembur dengan BPMC

Rumpai :
Rumpai boleh dikawal menggunakan jentera atau racun.

TUAIAN DAN PENGENDALIAN HASIL

Kematangan :
Padi biasanya mengambil masa di antara 105 - 125 hari selepas penanaman iaitu 80% buah masak bergantung kepada varieti.

Kaedah Tuaian :
Tuaian padi adalah melalui kaedah jentuai atau secara manual.

Pengendalian Hasil :
Padi yang dituai mesti dikeringkan ke tahap 14% kelembapan dalam tempoh 24 jam di bawah cahaya matahari atau mesin pengering.

EKONOMI

Jelapang
Purata Hasil
(tan/ha)
Pendapatan Kasar (RM/ha)
Kos Pengeluaran
(RM/ha)
Pendapatan Bersih (RM/ha)
MADA
4.3
3861
1821
2040
KADA
3.2
2874
1539
1335
IADP P. Pinang
4.0
3592
2237
1355
IADP Krian/Sg. Manik
3.0
2694
1685
1009
IADP Sbg. Perak
4.0
3592
1999
1594
IADP Barat Laut Selangor
5.2
4670
3097
1573
IADP Ketara
4.1
3682
1817
1865
IADP Kemasin Semarak
3.7
3823
1658
1665