Nama Biasa : Belimbing
Nama Saintifik :
Averrhoea carambola
Keluarga :
Oxalidaceae

Asal :
Belimbing Besi dikatakan berasal dari Asia Tenggara, dari Kepulauan Jawa sehingga ke Filipina.

Kawasan Utama Tanaman :
Tanaman Belimbing boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di negeri-negeri Johor, Selangor, Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kegunaan :
Belimbing enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, jam, jeli, candy dan juga belimbing dijadikan sebagai pencuci mulut dan hiasan dalam hidangan.

Kandungan Zat Makanan :

Kandungan Unit/100gm
Kalori 24 kcal.
Protin 0.7 g
Lemak 1.9 g
Serabut 1.8 g
Kalsium 7 mg
Besi 0.4 mg
Vitamin A 26 mg
Vitamin B1 0.07 mg
Vitamin B2 0.07 mg
Vitamin C 25.8 mg

TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok belimbing boleh menjangkau pada ketinggian 5 hingga 12 meter. Mempunyai banyak dahan dan tunas-tunas air. Pada peringkat permulaan pokok berbentuk pramid dan membulat apabila pokok membesar.

Daun :
Daun belimbing kecil membujur (oval). Di permukaan atas daun licin dan berwarna kekuningan manakala permukaan bawah berwarna hijau gelap. Daun berukuran 2–4 cm lebar dan 2–9 cm panjang.

Bunga :
Bunga kecil dan berwarna ungu. Terdapat 5 sepal, 5 petal dan 5 stamen. Ovari terletak di bawah style. Bunga terbentuk pada semua bahagian batang, dahan dan pucuk.

Buah :
Buah berbentuk bujur dan terdapat 5 atau 6 sudut/lurah. Jika dipotong, ia berbentuk bintang. Buah berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning atau orange apabila masak. Isinya lembut, berair, ranggup dan manis dan sedikit kelat rasanya.

Kultivar / Klon :

Klon
Bentuk buah
Saiz Buah
Warna Buah
Rasa (masak)
B2 (MAHA 66) Bujur Sederhana 160 –220 g/biji Kuning kehijauan Kuning Manis, berair dan lembut
B10 Bujur, besar di pangkal dan menguncup di hujung Sederhana besar 180 – 250 g/biji Oren kemerahan  -
B17 (Belimbing madu) Bujur tirus (oblong) Besar 200 – 300 g/biji Oren dengan Bintik-bintik putih Rangup, padat dan berserabut, manis dan wangi

KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman belimbing sesuai pada iklim tropika dan memerlukan curahan hujan yang banyak dan juga cuaca panas.

Tanah :
Belimbing tumbuh di tanah yang gembur dengan saliran yang baik. Ia tumbuh dengan baik di banyak jenis tanah dari tanah berpasir hingga ke tanah liat. Walau bagaimana pun pembaiakan tanah yang betul pengurusan tanah dengan sistem saliran yang baik dan pembajaan yang betul.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Dua kaedah penanaman yang biasa dilakukan pada tanaman belimbing iaitu kaedah pembiakan tampang atau tut dan kaedah klip (cleft methods). Semua kedah di atas adalah sesuai tetapi keadah pembiakan tampang adalah lebih popular. Anak pokok-pokok belimbing boleh diubah ke ladang selepas 4 bulan dibuat cantuman.

Jarak Tanaman :
Jarak tanaman yang paling sesuai adalah sistem empat segi iaitu 6m X 6m. Sistem ini menghasilkan sejumlah 278 pokok sehektar.

Menanam :
Setelah pengapuran dijalankan lubang digali sedalam 0.6m X 0.6m X 0.6m. Bahan organik atau kompos (5–10 kg) bersama-sama CIRP (200g) dimasukkan kedalam lubang dengan berhati-hati agar tidak terlalu mencederakan akar. 40%–50% lindungan adalah perlu di peringkat permulaan tanaman.

Cantasan :
Cantasan yang betul sangat penting untuk mendapatkan bentuk pokok yang cantik dan memudahkan kerja-kerja pengurusan dan juga untuk mendapatkan hasil yang baik. Cantasan yang disyorkan adalah seperti berikut : i) Open centre ii) Modified central leader iii) Trellis branching system

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Fasa Umur pokok(tahun) Jenis Baja Kadar
(kg/pokok/tahun)
Masa Pembajaan
Penyediaan Tanah 0 CIRP
Bahan Organik
0.25 – 10
Semasa penyediaan lubang
Pertumbuhan 1 15 : 15 : 15
atau
15 : 15 : 6 : 4
Bahan Organik
0.7
015
6 – 7 kali/tahun
3 – 4 kali/tahun
Pengeluaran Hasil 2 12:12:17:2 + TE
atau
13:13:20:2 + TE
Bahan Organik
1.2
30
6 – 7 kali/tahun
3 – 4 kali/tahun
3 -sda- 1.75
45
3 – 4 kali/tahun
4 -sda- 2.7
45
3 – 4 kali/tahun
5 ke atas -sda- 4.0
45
3 – 4 kali/tahun

Pengurusan Air :
Pokok-pokok belimbing memerlukan saliran terutama pada tahap pertumbuhan dan pada musim berbuah. Pengairan mikro atau titis adalah disyorkan.

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :
Penyakit yang sering menyerang belimbing adalah seperti berikut :

Penyakit Tanda-tanda Pembasmian
1. Die-back (Cephaleuros
    virescens –red algae)
- Menyerang dahan, batang dan buah.
- Membengkak pada batang, rekahan pada
   batang, daun gugur dan pokok mati.
1. Cantas bahagian yang diserang
2. Copper Oxychloride
2. Penyakit Akar Putih
    (Rigidoporous lignosus- kulat)
- Menyerang sistem pengakaran.
- Daun layu, bertukar warna kuning, jatuh dan
   akar reput.
- Misilium putih kelihatan pada akar.
1. Buang bahagaian yang
    diserang
2. Gunakan racun kulat

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang belimbing adalah seperti berikut :

Perosak Tanda-tanda Pembasmian
1. Lalat Buah
   (Bactrocera spp.)
- Larva mengorek buah Methyl Engenol sebagai promar sebagai umpan dengan Malathion (0.1% a.i)
2. Pengorek buah
   (Crytophlebia encarpa)
- Larva mengorek buah hingga ke
   biji
- Buah yang diserang gugur
- Amalan kebersihan ladang
- Gunakan Methamidophos, Acephate dan
   Cypermethion

Rumpai :
Rumpai boleh dikawal menggunakan jentera atau racun.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Belimbing biasanya berbunga hanya beberapa bulan selepas ditanam. Walaubagaimana pun adalah dinasihatkan agar membiarkan pokok mencapai ke usia dua tahun baru digalakankan berbuah.

Hasil :
Belimbing biasanya mengeluarkan lebih kurang 300 biji buah setahun pada umur dua tahun. Penghasilan akan meningkat dari tahun ke setahun sehingga 9 tahun di mana ketika itu ia mula stabil pada kadar 1200 biji buah/pokok/tahun. Purata berat buah belimbing diantara 17–66 ton/ha untuk jankamasa 20 tahun.

Musim :
Belimbing berbunga sepanjang tahun tetapi terdapat dua musim utama dan 2 musim kecil. Musim-musim utama terdapat pada bulan April–Jun dan Oktober–Disember setiap tahun.

Penjarangan :
Jumlah buah yang terlalu banyak setangkai akan mengakibatkan buah menjadi kecil tidak berkualiti dan menjadi masalah ketika hendak membalutnya. Oleh itu sebiji buah belimbing adalah disyorkan setiap tangkai.

Kesesuaian Mengutip Hasil :
Belimbing mencapai tempoh kematangan selepas 45–90 hari bunga kembang dan ini bergantung pada keadaan cuaca semasa dan klon. Bagi klon B10 memerlukan 60–65 hari untuk mencapai indek warna 3, manakala B17 memerlukan 77–90 hari selepas bunga kembang. Di musim hujan, buah-buah belimbing akan masak 2–3 hari lebih awal jika dibandingkan di cuaca panas.

Indeks Warna :
1. Keseluruhan buah berwarna hijau
2. Buah bertukar warna hijau terang
3. Buah bertukar warna kuning kehijauan
4. Buah bertukar warna hijau kekuningan
5. Buah bertukar warna kuning
6. Buah berrtukar warna oren

MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL

Pasca Tuai :
Buah belimbing perlu dipetik dengan berhati-hati dan susun kedalam bakul dalam keadaan masih berbalut. Buah kemudian dibawa ke pusat pengumpulan dan di letakkan menelentang ke dalam bakul plastik atau Kotak kertas bersalur (corrugated fibre board carton). Ketika ini kertas balutan tidak semestinya dibuang kerana ini akan mengakibatkan buah rosak dan tercedera. Hanya semasa pembungkusan, barulah buah digred mengikut saiz, warna dan kualiti.

Penyimpanan :
Kotak-kotak belimbing perlu disimpan di dalam suhu 5ºC dengan kelembapan bandingan 90–95%. Dalam keadaan ini buah-buah boleh di simpan sehingga 9 minggu.

EKONOMI

Jumlah kos pengeluaran untuk 15 tahun dianggarkan RM 227,581.00

Berdasar kepada harga di ladang RM 1.00/kg IRR 43%
Nilai kini bersih 10% ialah RM 54,198.00 dan
Nisbah Faedah/Kos pada 10% ialah 1.45

jnp3 j.pertanian2 moa3 mada3 moa4 mardi3 lkim3  fama3 ikan
lpp3 kada3 iinppi3 ksn3 tekun3 maqis3 agro-bank agribazaar2 
mygov direktori2 iim2 msc3 bless2
mampu3 myeg2 agris sme2