KETERANGAN AM

Nama Biasa : Dokong
Nama Saintifik : Lansium Domesticum Corr.
Keluarga : Meliaceae

Asal :
Dokong merupakan satu daripada beberapa genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku ( Johor ) dan duku langsat ( Terengganu ). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand.

Kawasan Utama Tanaman :
Negeri-negeri utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah.

Kegunaan :
Dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi. Buahnya juga boleh dibuat jem.

Kandungan Zat Makanan :

Kandungan Unit/100 g bybm
Tenaga 57 calories
Kabohidrat 15.2 g
Kalsium 19.0 mg
Kalium 25.5 mg
Zat Besi 1.1 mg
Vitamin B1 0.07 mg
Vitamin B2 0.04 mg
Vitamin C 3.0 mg
Lemak 0.2 mg
Protin 0.9 mg
Niasin 1.0 mg

TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok dokong adalah sederhana besar, kanopi berbentuk ovate hingga lanceolate dengan ketinggian antara 6 m hingga 9 m. Batang pokok adalah lurus dan kulitnnya berwarna coklat kehijauan

Daun :
Daunnya jenis pinat dan mempunyai 7 - 9 helai anak daun yang tersusun berselang-seli dan berbentuk eliptik atau obovat, sementara anak daun dipangkal berbentuk ovat. Permukaan atas daun berwarna hijau tua, licin, bersinar, dan berombak sedikit. Ciri-ciri ini merupakan ciri dokong yang membezakan nya dari Lansium yang lain.

Bunga :
Bunga tersusun dalam satu jambak berbentuk spika pada dahan dan di antara 1 - 8 jambak bunga keluar pada satu-satu tampok pembungaan pada dahan tersebut. Panjang spika ialah 15 - 20 cm dan bilangan bunga hermofrodit pada satu spika ialah di antara 20 - 50 kuntum berukuran 0.5 - 0.7 cm panjang dan juga 0.5 - 0.7 cm lebar.

Buah :
Buah dokong tersusun padat sehingga 40 biji dalam satu tangkai. Buah berwarna kuning keperangan apabila masak, berbentuk bulat hingga obovat berukuran 3 - 4.7 cm lebar dan 3.5 - 5 cm panjang. Sebiji buah biasanya terdapat 5 ulas isi yang pejal dan rasanya manis dengan kandungan gula di antara 15 - 22 % brix.

Biji :
Biji yang besar terdapat dalam semua buah bersaiz besar. Biji berbentuk bujur, mempunyai 1- 5 embrio dan boleh mengeluarkan 1- 5 anak pokok.

Kultivar / Klon :

Ciri-ciri
Dokong Kering
Dokong Air
Dokong Biji
Daun -Permukaan daun berombak
-Tebal
-Hijau tua dan bersinar
-Permukaan daun berombak
-Tebal
-Hijau tua dan bersinar
-Permukaan daun rata
-Agak nipis
-Hijau muda,tak berkilat
Isi -Pejal (tidak berair)
-Manis dan sedap
-Berair,sederhana manis dan 
 sederhana sedap
-Pejal (tidak berair)
-Manis-manis masam
Kulit -Tebal dan tidak bergetah -Nipis dan bergetah -Sederhana tebal,licin dan 
 tidak bergetah
Biji -Biji yang bernas sangat sedikit -Biji bernas sedikit -Banyak biji bernas
Nilai Ekonomik -Kualiti buah terbaik
-Permintaan pengguna tinggi
-Ditanam secara komersil
-Kualiti buah sederhana
-Permintaan pengguna rendah
-Tidak komersil
-Kualiti buah rendah
-Nilai pengguna sangat 
  rendah
-Biji diguna sebagai penanti

KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman dokong sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 2000 mm - 3000 mm setahun dan suhu di antara 25 - 35 C. Mempunyai musim kering di antara 3 - 4 minggu untuk menggalakan proses pembungaan.

Tanah :
Tanaman dokong boleh hidup dengan baik di tanah lanar sungai dan tanah lom berpasir.yang mempunyai saliran yang baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Penambang, Tok Yong, Chempaka dan Telemong. Tanah pendalaman seperti siri Bongor, Chat, Serdang dan Rengam yang beralun di antara 2 - 20 C juga sesuai untuk penanaman dokong.

Zon Agro-iklim :
Kawasan atau zon yang mempunyai musim kemarau yang pendek tapi nyata di antara 3 - 4 minggu adalah sesuai untuk penanaman dokong.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Buat masa sekarang, sebahagian besar daripada bahan tanaman dibiakkan melalui bijibenih walaupun ada yang dibiak secara tampang.

Jarak Tanaman :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 - 4 minggu. Sebanyak 5 - 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.

Keperluan Naungan:
Pada peringkat permulaan, pokok dokong memerlukan naungan di antara 40 - 60 %. Beberapa jenis pokok seperti Gliricidia, petai dan pisang boleh digunakan sebagai naungan. Pokok naungan ini perlu ditanam sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal daripada pokok dokong.

Pemangkasan :
Pemangkasan yang betul adalah penting bagi membentuk pokok dokong yang dapat mengeluarkan hasil awal dan seterusnya tinggi. Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut :
i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
iii)Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Fasa Umur pokok(tahun) Jenis Baja Kadar
(kg/pokok/tahun)
Masa Aplikasi
  0 CIRP
Bahan Organik
0.2
5 - 10
Semasa menanam
Vegetatif 1
2
3
4
5
15 : 15 : 15
atau
15 : 15 : 6 : 4
Bahan Organik
0.5
1.0
2.0
3.0
2 - 4 kg
4 kali setahun (terutama awal musim hujan)
3 kali setahun selepas merumput
Pengeluaran Hasil 6 - 7
8 - 10
11 ke atas
12:12:17:2 + TE
atau
13:13:20:2 + TE
Bahan Organik
6
7
8
5 - 10 kg
3 kali setahun seperti berikut :
i) ¼ drpd jumlah 1 - 2 bulan sebelum
   berbunga.
ii) ¼ drpd jumlah pada peringkat awal 
    berputik.
iii) ½ drpd jumlah selepas pungut hasil.

Pengurusan Air :
Pokok dokong hendaklah diberi air pada musim kemarau supaya pertumbuhan tidak terbantut. Pengairan titis atau perencis mikro boleh digunakan untuk menyiram.

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :
Penyakit- penyakit utama bagi dokong adalah seperti berikut :

Penyakit
Tanda-tanda
Kawalan
1.Reput buah 
  (Cylindrocladium sp.)
Buah yang rosak menjadi reput Guna racun kulat berkuprum
2. Antraknos 
   (Collectotrichum sp.)
Tompok kecil berwarna coklat boleh mengakibat buah gugur Guna racun kulat berkuprum
3. Cendawan angin 
    (Corticium 
    salmonicolor)
Ranting yang dijangkiti dipenohi dengan maicilia merah jambu Jangkitan terok daun akan gugur dan rantung akan mati Guna racun kulat berkuprum
4. Kulapok Hitam 
   (Meliola sp.)
Kulat hitam ini meliputi permukaan daun dan buah dan boleh mengganggu proses fotosintesis pada daun dan pada buah kelihatan kotor dan tidak menarik Guna racun kulat maneb @ 0.1 % a.i. Guna white oil untuk mengawal thrips

Serangga :
Serangga utama tanaman dokong adalah seperti berikut :

Perosak Tanda-tanda Pembasmian
1. Serangga pengorek kulit 
    (Dolesia viridesAnarisia sp)
Keruping pada kulit batang dan dahan. Serangan teruk boleh mengakibatkan dahan mati dan pokok terbantut Kikis keruping pada kulit.Sembur dengan koktil dimetoate dan kuprum oksiklorida
2. Lalat Buah 
    ( Bactocera sp.)
Peringkat ulat mengorek buah Guna methyl eugenol or promar sebagai umpan bersama malathion @ 1 % a.i.

Rumpai :
Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga mengekalkan kelembapan. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam kacang penutup bumi.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Pokok dokong yang berasal dari biji biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ketujuh selepas ditanam manakala pokok yang dibiak secara tampang boleh mengeluarkan hasil pada umur 5 atau 6 tahun selepas menanam.

Hasil :
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah rendah dan boleh meningkat kepada 50 - 100 kg/pokok pada umur 10 tahun. Pokok dokong yang menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 25 tan sehekatar setahun.

Musim :
Pokok dokong mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Pokok dokong memerlukan musim kering yang nyata ( 3-4 minggu ) untuk pengeluaran bunga. Hujan pada waktu itu boleh memberi kesan kepada pembentukan buah.

Jambak Bunga :
Bilangan jambak bunga yang harus dibiarkan membesar bagi setiap lokasi (tampok) ialah 1 - 3 sahaja supaya buah dapat membembesar dengan sempurna.

Indeks Penuaian :
Buah dokong boleh dituai selepas 6 bulan bunga berkembang. Indeks penuaian nya adalah seperti berikut :
i) Buah mencapai saiz yang maksimum (iaitu bergarispusat 25 - 35 mm)
ii) Warna kulit bertukar dari hiaju ke kuning atau kuning kekelabuan.
iii)Isinya cerah dan manis. ( Buah yang tidak matang berwarna opaque )
vi) Buah adalah lembik dan boleh ditekan.
v)Kulit buah tidak bergetah.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN

Pengendalian Lepas Tuai :
Tangkai buah dipotong dengan menggunakan gunting atau pisau tajam semasa memetik supaya buah tidak lerai dari tangkai. Setiap tangkai buah di gred. Buah yang kurang masak dan rosak dibuang. Buah di bungkus dalam bakul plastik atau bakul buluh yang dilapiskan dengan surat khabar atau lain-lain bahan.

Penyimpanan :
Buah hanya boleh disimpan 3 - 5 hari pada suhu ambien (25 - 30° C). Suhu yang rendah boleh menyebabkan kerosakan kepada buah dan adalah tidak disyorkan menyimpan buah di bilik sejuk.

EKONOMI

Jumlah kos pengeluaran bagi 25 tahun ialah RM 107,740.00.

Berdasarkan kepada harga di ladang sebanyak RM 5.00/kg
NPV (Nilai Kini Bersih ) pada 10 % ialah RM 34,600.00
IRR (Kadar Pulangan Modal ) ialah 45 %
B/C (Nisbah Faedah kos) pada 10 % ialah 9.8