KETERANGAN AM

Nama Biasa : Manggis
Nama Saintifik : Garcinia mangostana
Keluarga : Guttiferae

Asal :
Manggis berasal dari kawasan Asia Tenggara.

Kawasan Utama Tanaman :
Kebanyakan Manggis ditanam di Negeri Johor, Kelantan dan Perak.

Kegunaan :
Manggis enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, jem, ia juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut.

Kandungan Zat Makanan :

Kandungan Nutrien Kandungan/100 gm yang boleh dimakan
Tenaga 34.0 Kcal
Air 87.6 %
Lemak 0.6 gm
Kabohidrat 1.0 gm
Serat 5.6 gm
Abu 5.1 gm
Kalsium 0.1 gm
Magnesium 7.0 mg
Posporus 13.0 mg
Besi 13.0 mg
Sodium 0.6 mg
Kaliam 7.0 mg
Vit B1 45.0 mg
Vit B2 0.03 mg
Ascorbik 0.03 mg
Acid 0.2 mg
Vit C 4.2 mg

TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok manggis berdaun lebar dan kanopi berbentuk piramid atau berjubah. Saiz kanopi adalah sederhana iaitu antara 9 hingga 12 m. Batang utama lurus dan bercabang simetrikal.

Daun :
Daunnya berbentuk bujur , eliptik dan disusun bertentangan.Saiz daun berukuran berubah antara15-25 sm panjang dan 7-13 sm lebar. Daunnya tebal dan keras.

Bunga :
Bunga berwarna hijau keputihan dan keluar satu persatu atau berpasangan selalu pada hujung cabang.

Buah :
Buah berbentuk tangerine kecil dan permukaan atas dan bawah buah rata. Saiz purata buah adalah 6-8 cm bergaris pusat. Kulit buah adalah licin ,berwarna kehijauan dan bertukar warna ke unggu kemerahan apabila masak. Kulit buah (kortex) adalah tebal antara 0.6- 1.0 cm. Di pangkal buah terdapat kesan 4-8 bekas kelopak stigma yang mengujud sehingga buah masak. Jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.

Kultivar / Klon :
Jabatan Pertanian telah mendaftar 2 klon manggis iaitu GA 1 dan GA 2.Ciri-ciri klon adalah seperti berikut :
1. Buah- Bentuk- Saiz- Berat- Warna kulit- Pangkal- Ketebalan kulit
2. Isi- warna- rasa- tekstur
3. Biji BulatSederhana105 gm coklat kegelapan bulat 1.0 sm putih manis sederhana halus tanpa biji Bulat ke bujur Sederhana120 gm coklat
    kehitamanrata 1.0 sm putih manis halus berbiji

KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman manggis bertumbuh di kawasan rendah dengan bercuaca tropikal dimana taburan hujannya antara 1200 cm hingga 1500 cm. Suhu antara 25 - 35ºC adalah sesuai dan kemarau antara 1-3 bulan diperlukan untuk pengeluaran bunga.

Tanah :
Manggis boleh diusahakan di tanah bertekstur lanar sungai yang subur dan mempunyai saliran yang baik. PH tanah adalah antara 5.0-6.5.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Manggis biasannya di biakkan dengan cara menyemai biji dan cantuman biji.

Jarak Tanaman :
Sistem empat segi sama disyorkan dengan jarak tanaman 7.5 sm x 7.5 sm dan mempunyai 178 pokok/ha.

Menanam :
Lubang bersaiz 0.6 m x 0.6 m x 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 hingga 4 minggu. Kemudian kompos atau bahan organik sebanyak 5-10 kg dan 200gm CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) digaulkan dalam setiap lubang tanaman dan pokok ditanam tanpa mengganggu sistem perakaran.

Cantasan :
Tanaman manggis bertumbuh perlahan dan cantasan pembentukan tidak perlu. Walaubagaimanapun, cantasan perlu dibuat untuk membuang dahan yang berpenyakit, patah dan tunas air. Cantasan membaiki pengudaraan dan sinaran matahari dalam kanopi pokok.

Naungan :
Naungan diperlukan untuk 2 tahun pertama.

Pengurusan Air :
Manggis memerlukan air yang cukup untuk pembentukan pokok pada peringkat awal dan pada musim kemarau perlu ada sistem pengairan.

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit Symptom Kawalan :
1. Cendawan angin(Corticium salmonicolor)
2. Gummosis
3. Cerana batang( Zignoela garcinae)

Ranting dan dahan yang berpenyakit diselaputi oleh maisilium kulat berwarna unggu.Daun dan pucuk daun layu. Getah berwarna kuning keluar dari buah dan batang menyerang ranting dan dahan dan lapisan kulit keras membentuk cantasan. Menyembur racun kulat yang mengandungi kupram. Mengelak kecederaan menggelak buah jatuh semasa menuai. Mencantas ranting dan dahan yang berpenyakit.

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang manggis adalah seperti berikut :
1. Pemakan daun (Stictoptera spp)
2. Pengorek buah ( Curculio spp)
3. Pelombong daun(Phyllocnctis citrella Staint)

Larva makan pucuk dan daun muda. Larva mengorek buah menjadi busuk dan gugur. Serangga mengorek di bawah permukaan daun iaitu bawah lapisan epidermis. Daun bergulung dan luka. Menyembur racun dimethoate. Buah yang jatuh dikutip dan ditanam. Menyembur buah muda dengan racun cypermethrin 0.01% a.i. Sembur racun dimethoate (0.1%) dan kawalan biologi

Rumpai :
Kawalan pada peringkat awal pertumbuhan perlu dilakukan secara manual. Sungkupan disyorkan untuk mengawal rumpai keliling pangkal batang pokok dan memelihara kelempaban air.Rumpai antara barisan tanaman boleh dikawal dengan menanam kacang penutup bumi.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Pengeluaran buah bermula pada tahun kelapan penanaman.

Hasil :
Pada tahun pertama pengeluaran, pokok mengeluarkan hasil sebanyak 900kg/ha dan boleh mencapai hasil maksimam sebanyak 28000 kg/ha pada umur pokok 24 tahun.

Musim :
Pengeluaran buah bermusim dan biasanya pada bulan Jun hingga Ogos. Indeks mengutip buah :
i) Buah boleh di kutip 13-14 minggu selepas pembentukan putik.
ii) Penuaian pada masa yang tepat menjaminkan kualiti buah.

Indeks Warna :
Indeks warna 0 : Hijau dengan sedikit kemerahan
Indeks warna 1 : Merah kekuningan
Indeks warna 2 : Merah
Indeks warna 3 : Coklat kemerahan
Indeks warna 4 : Merah keungguan
Indeks warna 5 : Unggu tua

Buah perlu di kutip pada indeks kematangan 2-3 untuk penyimpanan lama. Untuk makan segar, buah perlu dituai pada indeks kematangan 4.

MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL

Pasca Tuai :
Buah dipetik secara manual atau menggunakan galah yang mempunyai jaring dihujungnya. Buah yang dituai , digred mengikut saiz dan peringkat kematangan. Kemudian buah disusun dalam bakul buluh atau kotak plastik yang dilapik dengan surat khabar atau daun pisang.Untuk eksport, buah dibungkus dalam kotak plastik yang berjaring.

Penyimpanan :
Manggis perlu diedarkan ke pasaran dengan secepat mungkin memandangkan tempoh penyimpanan adalah 3-5 hari dalam keadaan biasa. Buah yang disimpan pada suhu 5ºC dan kelembapan 85% boleh tahan sehingga 4 minggu. Cara sejuk beku pada suhu -270ºC boleh lanjutkan tempoh penyimpanan sehingga 16 bulan.

EKONOMI

Jumlah Kos pengeluaran untuk tempoh 25 tahun adalah RM 88,514.00

Berdasarkan harga selepas diladang RM 0.76/kg :
Nilai Bersih Kini @ 10% adalah RM 3,806.00
Nilai faedah kos @ 10% ialah 1.13
Kadar Pulangan Dalam adalah 11.43%