KETERANGAN AM

Nama Biasa : Nangka
Nama Saintifik : Artocarpus heterophylus
Keluarga : Moraceae

Asal :
Nangka berkemungkinan berasal dari India. Ianya juga terdapat ditanam di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Kawasan Utama Tanaman :
Nangka banyak ditanam secra meluas di Johor, Pahang, Kedah dan Terengganu.

Kegunaan :
Nangka enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, kari dan dijadikan sebagai pencuci mulut.

Kandungan Zat Makanan :

Kandungan Kandungan / 100 gm yang boleh dimakan
Tenaga 37.0 Kcal
Lembapan 83.1
Protin 1.6gm
Lemak 0.2gm
Karbohidrat 7.3gm
Gentian 5.6gm
Abu 2.2gm
Kalsium 37.0mg
Fosforus 26.0mg
Besi 1.7mg
Natrium 48.9mg
Kalium 292.9mg
Kerotin 80 ug
Vitamin B1 0.06mg
Vitamin B2 0.06mg
Niasin 0.4mg
Asid Askorbik 7.9mg

TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok yang sentiasa menghijau, tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Pokok tumbuh secara melurus dan mengandungi susu getah yang pekat.

Daun :
Daun ialah eleptik, berbentuk obovat dan panjangnya 20 cm. Daun adalah melebar dan kadangkala daun muda bercuping. Warna daun ialah hijau gelap.

Bunga :
Bunga jantan dan bunga betina adalah berasingan. Bunga jantan terdapat di dahan muda, di antara daun-daun dan terletak lebih tinggi dari bungan betina. Bunga betina terdapat di dahan dan batang yang tua.

Buah :
Buah terdapat di batang pokok dan dahan utama. Bila masak buah berbentuk bujur, berukuran lebih kurang 30 – 90 sm panjang dan 25 – 50 sm lebar. Buah yang telah masak mengeluarkan aroma yang kuat.

Kultivar / Klon :
Jabatan Pertanian telah mendaftar sejumlah 31 kon. Untuk penanaman secara komersil dua koln telah disyorkan, iaitu - J 29 dan J 31

Klon
Berat Buah (Kg)
Ciri-ciri
J 29 11.4 Berbentuk oval, berorama yang kuat, Isi buah sederhana tebal, berwarna kuning dan bertekstur halus. Rasa Buah Manis
BJ 31 7.9 Berbentuk bulat. Aroma yang kuat. Isi buah tebal, berwarna jingga kekuningan dan mempunyai tekstur yang halus dan rasa manis

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Nangka dibiak secara mata tunas.

Jarak Tanaman :
Sistem tanaman empat dan tiga segi disyorkan. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 9 m x 9 m yang memberikan 123 pokok sehektar untuk sistem empat segi dan 130 pokok sehektar untuk system tiga segi.

Menanam :
Lubang tanaman berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m perlu disediakan dan dibiarkan selama 2-4 minggu. Bahan organik atau kompos pada kadar 5 – 10 kg/lubang dan CIRP pada kadar 200 gm/lubang digaul semasa menanam. Gangguan kepada akar pokok hendaklah diminimakan semasa menanam.

Cantasan :
Cantasan bertujuan untuk menghasilkan kecergasan pokok , untuk mendapatkan bentuk kanopi yang sesuai dan merangsang pengeluaran buah. Cantasan melibatkan pembuangan dahan yang matii, berpenyakit dan membuang sulur air. Cantasan dahan yang tidak diperlukan memberi laluan udara dan sinaran matahari yang diperlukan.

Pembuangan Putik dan Membalut Buah :
Pembuangan putik buah ialah untuk mengurangkan buah setangkai dan membuang buah yang berpenyakit serta tidak normal. Ianya juga bertujuan menghasilkan buah yang sihat, berbentuk normal dan seragam.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Umur Pokok (Tahun) Organik /baja Sebatian Pembajaan/ tahun Banyak baja untuk sepokok/tahun (Kg)
1 15:15:15
Organic
3-4 1.0
10.0
2 15:15:15
Organic
3-4 1.0
10.0
3 15:15:15
Organic
3-4 1.5
15.0
4 12:12:17:2
Organic
3-4 2.0
15.0
5 12:12:17:2
Organic
3 2.5
20.0
6 12:12:17:2
Organic
3 3.0
30.0
7 12:12:17:2
Organic
3 4.0
40.0
>8 12:12:17:2
Organic
3 5.0
40.0

Pengurusan Air :
Pokok nangka memerlukan pengairan untuk menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan untuk mengelakkan tekanan kekurangan air semasa musim kemarau. Pengairan titis adalah sesuai sekiranya nangka diusahakan di kawasan tanah rendah dan rata.

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :
Penyakit yang sering menyerang nangka adalah seperti berikut :

Penyakit Tanda-tanda Kawalan
Bacterial blight
(Erwinia caratovara)
-menyerang batang dan dahan -cantasan yang sempurna dan
  kebersihan kawasan
  -dahan yang diserang akan mengakibatkan daun
  menjadi kuning
-bakar/ musnah semua pokok yang
  diserang
  -sekiranya batang utama diserang, daun akan
  menjadi kuning dan pokok akan mati
-Bersihkan peralatan mencatas sebelum
  digunakan

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang nangka adalah seperti berikut :

Serangga Tanda-tanda Kawalan
Pengorek batang dan buah -Musnahkan pokok yang diserang -Cantas dahan yang diserang
  -Larva memakan daun dan masuk ke
  dalam buah, batang dan dahan
-Balut buah
  -Buah yang diserang akan reput dan
  jatuh
-Sembur batang dan daun dengan
  trichlorphon
Lalat Buah -Serangga membiak dalam buah yang
  rosak
-Musnah buah yang di serang
  - larva memakan & hidup dalam buah
  sehingga rosak
-Balut Buah

Rumpai :
Semasa pertumbuhan awal, kawalan rumpai ialah secara manual di sekeliling pokok. Sungkupan disyorkan untuk mengawal pertumbuhan rumpai dan mengekalkan lembapan tanah. Rumpai di antara barisan boleh dikawal menggunakan racun rumpai.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Pengeluaran hasil bermula 2 1/2 – 3 tahun selepas menanam.

Hasil :
Pada musim pertama (2 1/2 – 3 tahun selepas menanam) pokok boleh mengeluarkan lebih kurang 3,000 kg/tahun dan biasanya mencapai taraf penghasilan maksimum sebanyak 19,000 kg/tahun pada tahun kesebelas.

Musim :
Nangka ialah sejenis buah-buahan yang tidak bermusim dan pengeluaran buah ialah sepanjang tahun. Musim utama ialah pada Oktober-November.

Indeks Mengutip Buah :
Buah boleh dipetik di antara 130 – 140 hari selepas berputik atau 90 – 95 hari selepas buah di balut.

MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL

Pasca Tuai :
Buah dipungut dengan memotong tangkai menggunakan pisau yang tajam.

Penyimpanan :
Buah nangka perlu diagihkan secepat mungkin kerana tempoh penyimpanan ialah 4 – 5 hari dalam keadaan suhu biasa (25ºC – 35ºC).

EKONOMI

Jumlah kos pengeluaran untuk tempoh 20 tahun ialah RM 78,677.00

Berdasarkan harga selepas di ladang :
Nilai Bersih Kini @ 10% ialah RM 37,168.00
Kadar Pulangan ialah 28.54%, dan
Nisbah Faedah Kos @ 10% ialah 2.25

jnp3 j.pertanian2 moa3 mada3 moa4 mardi3 lkim3  fama3 ikan
lpp3 kada3 iinppi3 ksn3 tekun3 maqis3 agro-bank   
mygov direktori2 iim2 msc3 bless2
mampu3 myeg2 agris sme2  agribazaar2