KETERANGAN AM

Nama Biasa : Pisang
Nama Saintifik : Musa paradisiaca
Keluarga : Musaceae

Asal :
Pisang berasal daripada kawasan Tropika.

Kawasan Utama Tanaman :
Di Malaysia tanaman pisang diusahakan di kebanyakan negeri-negeri. Walau bagaimanapun, kawasan yang terbesar pengeluaran terletak di negeri Pahang dan Perak.

Kegunaan :
Pisang enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat kek, pencuci mulut, kuih, ia juga sangat enak dimakan selepas digoreng panas-panas.

Kandungan Zat Makanan :

Kandungan Kandungan / 100 gm yang boleh dimakan
Tenaga 103 kcl
Air 73.3 gm
Protin 1.3 gm
Lemak 0.4 gm
Karbohidrat 23.6 gm
Serat 0.5 gm
Abu 0.9 gm
Kalsium 11.0 mg
Posporus 17.0 mg
Besi 0.6 mg
Sodium 29.0 mg
Potasium 241.0 mg
Kerotin 300 mg
Vit B1 0.07 mg
Vit B2 0.08 mg
Niasin 0.7 mg
Asid Askorbik 17.3 mg

TANAMAN BOTANIA

Batang :
Batang pisang sebenarnya dibentuk daripada seludang daun yang dikenali sebagai batang pseudo. Saiz batang pseudo atau palsu ada yang kecil atau besar serta tinggi dan rendah mengikut kultivar pisang.

Sulur :
Sulur bertumbuh keluar dari umbisi yang tertanam dalam tanah. Pada amnya, terdapat 2 jenis sulur iaitu sulur pedang dan sulur air. Sulur pedang terbentuk dari umbisi induk dan mengeluarkan daun runcing dan menirus keatas. Sulur air terbentuk dari tunas utama umbisi induk dan tidak disyorkan kerana pertumbuhan kurang cergas.

Daun :
Daun pisang adalah helaian daun dihujung batang pseudo yang terdiri dari susunan seludang yang teguh. Saiz daun matang mencapai 2.0 meter panjang dan 5 cm lebar.

Bunga :
Setelah matang, pertumbuhan hujung batang palsu bertukar kepada pengeluaran jambak bunga. Bunga-bunga tersusun dalam beberapa kelompok pada ruas ditandan. Setiap buku atau ruas ditangkai mengeluarkan bunga betina. Pada hujung pula terdapat bunga jantan.

Buah :
Buah pisang terbentuk tanpa pendebungaan, dikenali sebagai partenokarpe. Kelompok-kelompok buah pada tangkai atau tandan dipanggil sisir. Setiap sisir terdiri daripada sejumlah buah pisang disebut jejari.

Kultivar / Klon :

Varieti
Ciri-ciri
1. Berangan
Sebagai makanan segar. Berat tandan dengan 8-12 sisir ialah 12 –20 kg. Setiap sisir terdapat 12–20 jejari. Saiz buah antara sederhana hingga besar. Panjang jejari diantara 12–18 cm dengan ketebalan 2.5–3.5 cm. Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan meninggalkan sedikit talian serabut. Isi tegang, kekuningan oren, wangi, kering dan manis rasanya.
2. Mas
Berat tandan sederhana diantara 8-12 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 14-18 jejari sesisir.Jejari kecil diantara 8-12sm panjang dan 2-3 cm garispusat. Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan sungguh menarik setelah masak keseluruhannya. Isi tegang, kuning keemasan, harum kewangian dan sangat manis.
3. Cavendish
Antara jenama yang ditanam ialah Montel,Comel,Cabana atau Sun king. Berat tandan melebihi 20 kg dan 15-25 sisir. Jejari berukuran diantara 15-22 sm panjang dan garispusat 3.5-4.0 sm. Kulit yang tebal dan mudah tanggal dari gantungan sisir dan berwarna kuning apabila sidah dibuat rawatan pemasakan dengan suhu rendah. Isinya berwarma putih pekat, bertekstur halus, lembut, manis dan berbau wangi.
4. Rastali
Sesuai untuk hidangan segar. Berat tandan antara 10-15 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 12-16 jejari setiap sisir. Kulit berwarna kuning terang setelah masak dan mudah tanggal. Panjang jejari 10-15 sm dan 3-4 sm garis pusat, kulit senang dikupas dan sangat nipis. Isinya lembut, berwarna putih, rasanya manis sedikit masam dengan rasa berkelat jika belum masak sepenuhnya.
5.Tanduk
Sesuai untuk goreng. Berat tandan 7-10 kg dan terdapat 2 sisir dengan 7-10 jejari. Seringkali hingga 5 jejari sesisir. Saiz pisang tanduk besar dengan ukuran 25-35 sm panjang dan 6-7 sm garispusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isinya krim berwarna oren, setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.
6. Nipah
Hanya untuk digoreng. Berat tandan antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir. Setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Jejari bersegi, pendek dan padat dengan kulit yang tebal.Kulit berwarna kuning setelah masak. Panjang jejari diantara 10-15m dan 3-5 sm garispusat. Isi krim putih bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya.
7. Raja
Boleh dimakan segar atau digoreng. Berat tandan 10-15 kg dengan 6-9 sisir. Setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari 15 sm dan 3-4 sm garispusat. Kulit tebal berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas. Isinya krim oren dengan bertekstur kasar.
8. Nangka
Sesuai untuk goreng.Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit . Berat tandan 12-14 dengan 6-8 sisir.Setiap sisir terdapat 14-24 jejari dan bentuk jejari bersegi, memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar.
9. Awak
Dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat tandan ialah 18-22 kg dengan 8-12 sisir. Setiap sisir 10-16 jejari dan panjang jejari ialah 10-15 sm dan 3-5 sm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit

KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman pisang sesuai diusahakan dikawasan bersuhu antara 12- 32ºC dengan taburan hujan antara 1000 – 3000 mm.

Tanah :
Pisang boleh ditanam dipelbagai jenis tanah. Tanah yang paling sesuai ialah sederhana gembur, dengan saliran yang baik. PH tanah antara 5.5 – 8.0.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Menggunakan sulur dari pokok induk dan anak pokok dari tisu didik. Sulur pedang sesuai digunakan.

Jarak Tanaman :
Sistem tanaman empat segi sama, empat segi tepat dan tiga segi digunakan. Untuk sistem tanaman tunggal, jarak tanaman yang sesuai ialah 3.0m x 1.5 m manakala untuk sistem tanaman bercampur, jarak tanaman yang sesuai ialah 2.4m x 2.4 m.

Menanam :
Sediakan lubang 0.3 m x 0.3 m x 0.3 m dan biarkan terdedah ke matahari selama 2 – 4 minggu. Campurkan baja organik atau kompos sebanyak 5 – 10 kg/lubang dan 100 gm TSP/lubang.

Cantasan :
Cantasan sulur dilakukan untuk menjaga pertumbuhan pokok induk, pemilihan sulur yang sihat dan pengeluaran buah yang berkualiti tinggi. Cantasan dilakukan dengan pisau tajam dengan membuang sulur air yang kurang cergas meninggalkan pokok induk. Dua sulur bagi setiap perdu.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Umur pokok (Bulan) Jenis Baja Kadar Baja
Semasa menanam CIRP
Baja Organik
0.15 kg
10.0 kg
1–2 15:15:15 0.5 kg
4 15:15:15 0.5 kg
5–6 12:12:17:2 0.5 kg
>6 12:12:17:2 1.0 kg

Pengurusan Air :
Pengairan adalah penting terutama pada peringkat awal pertumbuhan pokok. Pengairan titis atau mikro adalah disyorkan. Dikawasan yang sentiasa menakung air, perlu ada sistem saliran yang baik.

Pembungkusan Buah :
Pembungkusan buah dilakukan untuk menjamin mutu buah yang tinggi. Biasanya, sarung plastik polietilena bersaiz 75cm x 120 cm digunakan semasa peringkat akhir bunga mengorak.

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :
Penyakit yang sering menyerang pisang adalah seperti berikut :

Penyakit
Tanda-tanda
Pembasmian
1. Bintik daun
(Sigatoka)
(Mycosphaerella
musicola)
Bintik-bintik kecil berwarna perang kekuningan atau jalur-jalur hijau kekuningan selari dengan urat daun. Kemudian bintik-bintik ini membesar dan bujur dengan bahagian tengah berwarna perang terang yang dikelilingi warna perang gelap. Bintik-bintik ini akan bercantum antara satu sama lain yang mengakibatkan bahagian daun yang diserang menjadi perang dan kering. Gunakan kultivar yang resistan. Sembur racun benomyl.
2. Penyakit Panama
(Fusarium witt)
(Fusarium
oxyspotrium)
Berpunca dari tanah. Simptom pertama bermula dengan daun tua menjadi kuning atau tangkai daun melekang walaupun daun masih hijau. Akhirnya semua daun layu dan mati. Gunakan varieti yang resisten. Menjaga kebersihan ladang. Gunakan bahan tanaman yang bebas dari penyakit.

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang pisang adalah seperti berikut :

Perosak
Tanda-tanda
Kawalan
1. Pengorek umbi pisang
(Cosmopolites sordidus)
Larva mengorek dan makan umbi pisang. Umbi berlubang dan akan menjadi perang dan busuk. Daun bertukar menjadi kuning. Anak-anak pisang lemah dan mati. Gunakan bahan tanaman tanpa penyakit dengan celup ke dalam air panas selama 5 – 10 minit. Menyiram racun dieldin pada pangkal pokok. Menjaga kebersihan ladang.
2. Nematod Akar-akar yang berjangkit bertukar ke warna coklat kemerahan dan akhirnya menjadi hitam. Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam berbintik dan pecah terutama dibahagian umbi dan menjadi reput Merendam dalam air panas. Menjaga kebersihan ladang. Menyiram dengan racun feramiphos.
3. Lalat Buah Larva menyerang buah. Terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan dikulit buah. Membungkus buah.

Rumpai :
Kawalan pada peringkat awal pertumbuhan rumpai perlu dilakukan secara manual tanpa kimia. Rumpai diantara barisan tanaman boleh juga dikawal dengan menanam kacang penutup bumi.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Pisang mula mengeluarkan hasil pada umur 6 – 8 bulan selepas ditanam.

Hasil :
Bergantung kepada jenis kultivar/varieti.

Jenis Umur Pokok (Tahun)
1 2 3
Berangan 13 26 24
Embun 18 36 30
Mas 8 16 14

Indeks Mengutip Buah :

Varieti Tarikh Penuaian (minggu selepas berjantung)
Cavendish 20 - 23
Mas 7- 9
Berangan 11-14
Embun 12-15
Rastali 11-13
Nangka 22
Tanduk 20

MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL

Pasca Tuai :
Tandan pisang dipotong dan dibawa ke rumah pengendalian. Sisir-sisir buah dipisahkan dari tandan dan jejari-jejari yang cacat atau tidak bermutu dipotong dan diasingkan. Sisir-sisir pisang kemudian dibersih, dirawat, dikering, digred dan dibungkus kedalam bakul atau kotak-kotak pembungkusan.

Penyimpanan :
Tempoh penyimpanan buah pisang boleh dilanjutkan, apabila simpan pada suhu 13º-14º C. Jumlah kos pengeluaran untuk tempoh 3 tahun ialah RM 10,864.00 berdasarkan harga selepas di ladang.

EKONOMI

Nilai Bersih Kini @ 10 % ialah :

Embun RM 10,592.00
Berangan RM 21,292.00
Rastali RM 5, 345.00
Mas RM 6,146.00

Nisbah faedah kos @ 10% ialah :

Embun 1.65
Berangan 2.32
Rastali 1.33
Mas 1.38