KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Lada, Cabai, Cili Hijau, Cili Merah
Nama Saintifik : Capsicum annum

Komposisi Nutrien :

Kandungan Amaun/100g
Protein 2.8 g
Karbohidrat 9.5 g
Lemak 0.7 g
Serabut  0 g
Kalsium  15.0 mg
Besi 1.8 mg
Fosforus 80 mg
Kalium 0 mg
Natrium 0 mg
Karotena beta 2730.0 ug
Vitamin B1 0.2 mg
Vitamin B2 0.1 mg
Vitamin C 175.0 mg
Niacin 0.7 mg

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau. . Buku warna hijau atau ungu .

Akar :
Sistem akar tunjang dan akar serabut.

Daun :
Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' .

Bunga :
Berwarna putih, dari ketiak daun .

Buah :
Merah dan tirus dihujung .

Cara Pendebungaan :
Persenyawaan sendiri. Persenyawaan silang (30%)

Kultivar :

Varieti Ciri-ciri
Kulai 
(Baris 15)
Tinggi pokok 70-80 cm, panjang buah 10-15 cm, 7-10 g/biji. Rasanya sangat pedas. Sederhana tahan kepada antraknos dan virus. Tahan kepada layu bakteria. Hasil sebanyak 15-20 tan/ha.
MC 4 Tinggi pokok 60-70 cm, panjang buah 7-10 cm, 10-15 g/biji, rasa kurang pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 12-20 tan/ha.
MC 5 Tinggi pokok 100-200 cm, panjang buah 10-157 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 15-25 tan/ha.
MC 11 Tinggi pokok 85-110 cm, panjang buah 8-20 cm, 7-10 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus dan sedikit tahan pada Choanephora . Hasil sebanyak 17-24 tan/ha.
MC 12 Tinggi pokok 60-80 cm, panjang buah 10-13 cm, 12-14 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan Choanephora dan 'escape' pada virus. Hasil 15-29 tan/ha.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
20-33° C .

Taburan hujan :
1500-2000 mm/tahun.

Ketinggian :
Sehingga 500 m atas parat laut

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.

pH tanah :
5.5 - 6.8

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik .

Penyediaan anak benih:
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih   : 300-500 gm
Rawatan biji benih     : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih .
Masa menyemai       : Enam minggu sebelum menanam
Tempat menyemai    : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian

Penanaman di ladang :
Umur anak benih      : 6 minggu
Jarak tanaman         : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris
Kepadatan tanaman : 8,570 pokok.
Menyulam               : 1 minggu selepas menanam
Junjung pokok         : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam

Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah Jenis Baja Kadar
(t/ha/musim)
Masa 
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua Tahi ayam
NPK12:12:17:2
10 
2
-1 *
2,8 & 14  
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging
Tahi ayam 
NPK12:12:17:2
30 
3
-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir Tahi ayam
NPK12:12:17:2
20
3
-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling pokok
3. Gambut NPK12:12:17:2 2 2,8 & 14 Keliling pokok
4. Mineral Tahi ayam
NPK12:12:17:2
5
1.5
-1 *
2,8 & 14 
Gaul dalam tanah keliling pokok

* Satu minggu sebelum tanam

PENGURUSAN PEROSAK

Jenis Serangga/Penyakit Simptom Cara Kawalan
Kutu Daun
(Aphis spp.)
[Vektor virus]
Daun kerekot, bunga gugur dan buah terbantut . Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selepas mengubah ke ladang. Selepas 2.5 bulan di ladang, sembur dengan permethrin, cypermethrin atau dimethoate apabila serangan virus melebihi 20% populasi pokok yang ditanam.
Kutu Trips 
(Thrips spp.)
[Vektor virus]
Daun kerekot dan bunga gugur . Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selang 7-10 hari sehingga pokok berumur 2.5 bulan. Sembur racun chlorpyrifos atau malathion jika serangan virus melebihi 20% selepas pokok berumur 2.5 bulan
Lalat buah 
(Bactrocera  spp.)
Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang, kering serta berkedut. . Sembur dengan chloryrifos pada masa mula berbuah. Sembur dengan 'protien bait' yang dicampur dengan racun perosak.
Antraknos 
(Colletotrichum capsici)
Bintik yang lekok dan berpusar berwarna keperangan terdapat di kulit buah. Bintik bertukar menjadi kehitaman. . Rawat biji benih dengan captan . Musnah buah yang diserang Sembur mancozeb (0.01 % b.a)
Bintik daun
(Cercospora capsici)
Bintik kecil berwarna perang pada daun. Musnah bahagian yang diserang penyakit. Sembur dengan benomyl. Amalkan tanaman giliran dengan sayuran lain.
Reput pangkal
(Sclerotium  rolfsii)
Daun-daun kelihatan layu. Pangkal dan akar menjadi hitam dan reput. Cabut dan bakar pokok yang diserang.
Layu bakteria 
(Pseudomonas 
solanacearum)
Daun-daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air, ianya mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran baik. Gilirkan tanaman.

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai .

Hasil (kg/ha) :
15000

Tempoh kutipan hasil :
3 - 6 bulan

Ciri buah masak :
Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya.

Cara memungut :
Buah dipetik dengan tangkainya.

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan.

Penyimpanan :
Suhu 5 - 8 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6 minggu.

EKONOMI PENGELUARAN

Kos Pengeluaran/ha RM 7,570 (Tenaga Keluarga)
RM 11,560 (Tenaga Upah)
Pendapatan Kasar/ha RM 30,000 (@ RM2.00/kg)
Pendapatan Bersih/ha RM 22,430 (Tenaga Keluarga)
RM 18,440 (Tenaga Upah)