KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Kacang Buncis
Nama Saintifik : Phaseolus vulgaris

Komposisi Nutrien :

Kandungan Amaun/100g
Protein 2.3 g
Karbohidrat 6.2 g
Lemak 0.2 g
Serabut  1.5 g
Kalsium  54.0 mg
Zat Besi 1.8 mg
Fosforus 6.0 mg
Kalium 75.0 mg
Natrium 34.0 mg
Karotena beta 1036.0 ug
Vitamin B1 0.1 mg
Vitamin B2 0.2 mg
Vitamin C 15.8 mg
Niacin 0.1 mg

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Lembut dan memanjat dengan cara melilit, terdapat jalur berwarna ungu .

Akar :
Terdiri dari akar tunjang (90 cm dalam) dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas.

Daun :
Berbentuk oval lebar .

Bunga :
Berwarna putih, merah jambu atau kuning. Cara pendebungaan secara sendiri .

Lenggai :
Berwarna hijau muda hingga hijau tua dan berukuran 15-20 cm .

Kultivar :

  MKB 1 KB 1
Hasil (tan/ha) 15 15
Umur mula berbunga (HLT) 30 35
Umur mula kutip hasil (HLT) 35 - 45 35 - 40
Bentuk lenggai Sedikit bengkok dan leper pada keratan lintang. Bengkok di kedua-dua hujung dan berbentuk pir pada keratan lintang.
Warna kulit biji Hitam Hitam
Warna kotilidan Putih Hijau dengan sedikit jingga

**HLT - Hari Lepas Tanam

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
25 - 35°C .

Taburan hujan :
168 mm/bulan .

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong .

pH tanah :
5.5 - 6.8

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha bagi tanah mineral .

Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih   : 8 kg
Rawatan biji benih     : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000 g bijibenih.
Jarak tanaman          : 45 cm di antara pokok 60 cm di antara baris
Cara menanam          : Bijibenih ditanam terus ke batas. Selepas 10 hari penjarangan dibuat di mana hanya satu anak benih yang paling cergas
                                   ditinggalkan .
Menyulam                : 1 minggu selepas menanam
Sistem trellis            : Sistem trellis digunakan di mana kayu junjung disediakan sebulan selepas menanam
Cantasan                 : Daun-daun yang berpenyakit dan berlebihan di bahagian bawah pokok perlu dicantas.

Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM 5,000 - RM 8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah Jenis Baja Kadar
(t/ha/musim)
Masa 
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua Tahi ayam
NPK12:12:17:2
10 
0.7
-1 *
2,4 & 6  
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging
Tahi ayam 
NPK12:12:17:2
20-25 
1.0
-1 *
2,4 & 6
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir Tahi ayam
NPK12:12:17:2
25
1.0
-1 *
2,4 & 6
Gaul dalam tanah keliling pokok
3. Gambut NPK12:12:17:2 0.7 2,4 & 6
Keliling pokok
4. Mineral Tahi ayam
NPK12:12:17:2
5
0.7
-1 *
2,4 & 6   
Gaul dalam tanah keliling pokok

* Satu minggu sebelum tanam

PENGURUSAN PEROSAK

Jenis Serangga/Penyakit Simptom Cara Kawalan
Lalat kacang
(Melanagromyza phaseoli)
Tanaman muda akan tumbang. Serangga bertelur di atas permukaan daun . Sembur racun diazinon atau dimethoate .
Ulat Pengorek Buah
(Maruca testulis)
Bunga akan gugur dan buah terbantut . Musnahkan buah yang diserang. Sembur racun cyhalothrin atau deltamethrin
Bintik Berpusar
(Colletotrichum lindemuthianum)
Bintik-bintik berpusar kehitaman terdapat pada daun dan lenggai . Rawat biji benih dengan racun captan. Pastikan saliran baik. Sembur racun maneb atau mancozeb. Bajak reput relas ke dalam tanah .
Karat 
(Uromyces appendiculatus)
Daun menjadi kuning dan kering. Bintik bulat dan berwarna kuning, tengahnya berwarna perang di atas daun. . Bajak reput relai ke dalam tanah. Sembur dengan mancozeb/copper oxychloride
Reput Pangkal
(Rhizoctonia solani)
Pokok akan layu dan pangkal menjadi reput. Cabut dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit. Siram racun captan pada pokok berhampiran .

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
6 - 7 minggu selepas tanam .

Hasil (kg/ha) :
15,000

Tempoh kutipan hasil :
5 minggu

Tanda-tanda kematangan Lenggai :
Berwarna hijau muda. Biji kacang masih kecil dan tidak begitu nyata bentuknya.

Kekerapan mengutip hasil :
Setiap 2 - 3 hari.

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan.

Penyimpanan :
5 - 10°C dan kelembapan relatif 90 - 95% dan boleh tahan selama 1 - 2 minggu .

EKONOMI PENGELUARAN

Kos Pengeluaran/ha RM 3,913 (Tenaga Keluarga)
RM 7,273 (Tenaga Upah)
Pendapatan Kasar/ha RM 1,200 (@ RM0.80/kg)
Pendapatan Bersih/ha RM 5,687 (Tenaga Keluarga)
RM 2,327 (Tenaga Upah) )