KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Terung.
Nama Saintifik : Solanum melongena

Komposisi Nutrien :

Kandungan Amaun/100g
Protein 0.5 g
Karbohidrat 4.0 g
Kalsium  14.0 mg
Besi 0.2 mg
Fosforus 21.0 mg
Kalium 76.0 mg
Natrium 13.0 mg
Vitamin B1 0.03 mg
Vitamin B2 0.06 mg
Vitamin C 9.7 mg
Niacin 0.10 mg

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Bercabang dan warnanya bergantung kepada varieti.Terdapat bulu-bulu halus pada batangnya .

Akar :
Sistem akar tunjang dan akar berserabut .

Daun :
Terdapat bulu-bulu halus pada daunnya.Perbezaan warna mengikut varieti .

Bunga :
Bunga mempunyai tangkai pendek dan berbentuk bintang .

Buah :
Buahnya berbentuk panjang atau bulat.Warnanya berbeza-beza dari putih, hijau atau ungu mengikut varieti .

Kultivar :

Varieti  Ping Tung Long
Bentuk buah  Buah berbentuk panjang lurus 
dan berwarna ungu gelap
Panjang buah  25 - 27 cm panjang dengan 
garis pusat 3 - 3.5 cm
Berat buah 160 - 170 g

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
25-35°C

Taburan hujan :
340-515 mm/musim

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut,tanah BRIS dan tanah bekas lombong

pH tanah :
5.5 - 6.8

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur, batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha (tanah mineral).

Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman                  : Biji benih
Keperluan biji benih                    : 375 - 400 g
Rawatan biji benih                      : Guna racun captan pada kadar 3g/1000 g benih.
Masa menyemai                        : 6 minggu sebelum menanam
Masa mengubah                        : 6 minggu sebelum menanam
Jarak tanaman                           : 90 cm di antara pokok dalam satu baris dan 150 cm di antara baris
Kepadatan tanaman                   : 16,000 pokok
Menyulam                                 : 1 minggu selepas menanam
Pemasangan junjung/penyokong : 1 bulan selepas menanam

Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM 5,000 - RM 8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah Jenis Baja Kadar
(t/ha/musim)
Masa 
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua Tahi ayam
NPK12:12:17:2
10
2
-1 *
2,5,8,11&14   
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging
Tahi ayam 
NPK12:12:17:2
30
3
-1 *
2,5,8,11&14 
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir Tahi ayam
NPK12:12:17:2
30
3
-1 *
2,5,8,11&14 
Gaul dalam tanah keliling pokok
3. Gambut NPK12:12:17:2 2 2,6,10&14 minggu
Keliling pokok
4. Mineral Tahi ayam
NPK12:12:17:2
5
1.5
-1 *
2,6,10&14   
Gaul dalam tanah keliling pokok

* Satu minggu sebelum menanam

PENGURUSAN PEROSAK

Jenis Serangga/Penyakit Simptom Amalan Kultur Cara Kawalan
Kumbang Daun 
(Epilachna indica)
Daun berkeadaan lutsinar. 
-
i. carbaryl
ii. trichlorfon
Pengorek pucuk dan buah 
(Leucinodes orbornalis)
Pucuk layu dan buah berlubang-lubang halus.  Kutip dan musnah buah yang diserang i. permethrin
ii. lambda cyhalothrin
Ulat lipat daun 
(Psara bipunctalis F.)
Ulat menggulung daun dan memakan tisu-tisu di bahagian dalam daun. 
-
i. carbaryl
ii. acephate
Kutu daun
(Aphis spp.)
Buah berparut, daun berkerekot dan pokok terbantut.  Kutip dan musnah pokok yang diserang.   
Hamama Daun berkerekot, berbintik dan berkarat. - i. formothion
ii. propargite
Layu bakteria
(Pseudomonas solanacearum)
Pokok menjadi layu, batang dan ranting menjadi kecut dan kering Musnah pokok yang berpenyakit -
Reput buah 
(Phomospsis vexans)
Bahagian yang diserang berwarna perang. Buah menjadi lembut dan reput. Kutip dan musnah buah yang diserang. -

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
11 - 12 minggu selepas menyemai .

Hasil (kg/ha) :
20,000 - 30,000

Tempoh kutipan hasil :
3 - 5 bulan

Cara memungut :
Buah dipetik dengan tangkainya .

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan.

Penyimpanan :
5 - 10°C, Kelembapan relatif 90-95% dan boleh tahan selama 2 minggu

EKONOMI PENGELUARAN

Kos Pengeluaran/ha RM 8,156 (Tenaga Keluarga)
RM 11,561 (Tenaga Upah)
Pendapatan Kasar/ha RM 12,500 (@ RM0.50/kg)