KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Jagung Manis
Nama Saintifik : Zea mays

Komposisi Nutrien :

Kandungan Amaun/100g
Tenaga 355 Kcal.
Protin 9.2gm
Lemak 4.6gm
Karbohidrat 69.3gm
Gentian 2.0gm
Abu 1.4gm
Kalsium 45.0mg
Fosforus 224.0mg
Kalium 75.0mg
Besi 2.9mg
Natrium 11.0mg
Karotin 256 ug
Retino Equivalent 43 ug
Vitamin B1 0.22mg
Vitamin B2 0.12mg
Niacin 1.7mg
Vitamin C 8.8mg

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Lurus, mempunyai buku yang tebal di bahagian bawah. Tinggi sehingga 4.5 m dan tidak mempunyai cabang.

Daun :
Bentuk lamina panjang, hujung daun bentuk akut. Daun berbulu halus di permukaan. Daun tersusun secara berselang pada batang.

Bunga :
Monosius. Panikel jantan padat dan banyak cabang mempunyai spikelet jantan. Setiap spikelet mempunyai 2 floret jantan. Spikelet betina mengeluarkan 2 floret. Benangsari panjang terbit dari ovari hingga ke hujung tongkol.

Buah:
Lebar, obovat dan bentuk wedge .

Akar :
Terdiri dari akar redikel dan akar seminal yang merupakan akar primer untuk menyokong pertumbuhan pokok.

JENIS KLON DISYORKAN

Klon
Thai Supersweet
Manis Madu
Improved Mas Madu
Berbunga (HLT) 51 hari  55 hari  43 - 48 hari
Panjang tongkol 15 cm  15 cm Oren kemerahan16 cm
Warna biji Kuning jingga Kuning keputihan Kuning Keemasan
Tinggi pokok 200 cm 200 cm  165 - 215 cm
Hasil/ha 30,000 tongkol  30,000 tongkol 30,000 tongkol
Kerentanan Penyaki Rentan hawa daun 
Heliminthosporium
Rentan hawa daun
Heliminthosporium
Sederhana rentan hawa daun
Heliminthosporium

**HLT : Hari lepas tanam

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
30°C hingga 35°C .

Taburan hujan :
500 - 700 mm/tahun.

Jenis tanah :
Kedalaman tanah > 50 cm, selain dari pasir yang tak bertekstur dan lempung.

pH tanah :
5.0 - 6.5

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak piring sedalam 22cm dan dibajak putar sekali. Tanah gambut perlu dikapur dengan kadar 1 - 2 t/ha/musim.

Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman   : Biji benih
Keperluan biji benih/ha : 10kg/ha
Jarak tanaman            : 50cm dalam baris, 75 cm dalam baris
Teknik tanaman          : 1 - 2 biji benih ditanam sedalam 3 - 4 cm.

Pengurusan Air :
Penyiraman boleh dibuat secara manual atau pun menggunakan sistem pengairan renjis. Anggaran kos sistem renjis adalah antara RM5,000 - RM8,000/ha.

Kawalan Rumpai :
Campurkan 4.6 liter alachlor (Lasso) dengan 500 liter air digunakan sebagai racun pracambah bagi kawasan 1 ha. Merumput secara manual juga dibuat dari hari ke sehari.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Baja Masa Membaja Kadar
Bahan organik Sehari sebelum menanam 5 mt/ha
NPK 12:12:17:2+TE Sehari sebelum menanam 500kg/ha
Urea 20 hari sebelum menanam 130kg/ha
Urea 40 hari sebelum menanam 130kg/ha

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :

Perosak Simptom Kawalan
Serangga pengorek batang 
(Ostrinia salentalis)
Ibu perosak bertelur di atas daun dan larva yang keluar memakan daun dan ke batang yang menyebabkan terowong. Perosak meninggalkan kesan najis atau frass Pemerthrin
Ulat daun
(Spodoptera litura)
Larva memakan daun, pucuk pokok dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol. Cabaryl
Pengorek buah
(Helicoverpa armigera)
Larva mengorek tongkol dan merosakkan biji jagung. Phenthoate
Karat daun 
(Puccinia polysora)
Bintik lonjong berwarna perang di urat daun  Benomyl
Kulapok Downy
(Sclerophthora rayssiae)
Jalur kekuningan pada daun Metalaxyl
Hawar upeh/daun
(Rhizoctonia solani)
Bintik kelabu dengan garis perang Musnahkan tanaman yang diserang dan amalkan tanaman bergilir
Reput batang
(Erwinia carotovora)
Batang reput dan berbau busuk Perbaiki saliran dan amalkan tanaman bergilir

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
68 - 72 hari selepas menanam .

Teknik kutipan hasil :
Tongkol jagung dipetik dengan tangan yang dilakukan pada pagi atau petang sahaja.

Pengendalian pascatuai :
Pada suhu biasa, jagung segar boleh disimpan selama 24 - 36 jam. Pada suhu 3 - 5°C, ia boleh disimpan selama 3 minggu .

EKONOMI PENGELUARAN

Hasil/ha 30,000 tongkol
Harga/kg RM0.15/tongkol
Kos Pengeluaran/ha RM3,172.00
Pendapatan Kasar/ha RM4,500.00
Pendapatan Bersih/ha RM1,328.00