KALENDAR KURSUS ANJURAN JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG 2024

KALENDAR KURSUS ANJURAN JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG 2024

 Permohonan boleh dibuat melalui https://ekursustani.penang.gov.my/login.php

 

kursus

 

𝗣𝗔𝗩𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮

𝗝𝗢𝗠 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗩𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝘃𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴
Pameran dan Promosi MAHA 2022
Pameran Statik
Pameran Produk-Produk Usahawan Pulau Pinang
Laman Sayur-sayuran
Laman Nenas
Laman Arca Jerami Pesta Padi Pulau pinang
Tayangan Video- Rumah Sembelihan Berkonsep Moden
Pameran Statik Penternakan Moden
Ujirasa Nenas MD2
Demonstrasi Masakan Berasaskan Hasil Ternakan
Demonstrasi Pembuatan Nasi Beriani
Demonstrasi Pineapple Ais Blended
Demonstrasi Hasilan Coklat
Jualan Produk-Produk Usahawan Pulau Pinang
Demonstrasi Masakan Antarabangsa
Demonstrasi Hasilan Durian
Jom ke MAHA 2022, MAEPS Serdang
𝟰 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟰 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 – 𝗔𝗵𝗮𝗱)
𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 -𝟭𝟬 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺
Untuk maklumat lanjut berkenaan MAHA 2022 layari pautan https://mahaexpo.my/programme/
Jumpa di MAHA 2022

KALENDAR KURSUS JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

Kalendar Kursus Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang tahun 2022. Borang permohonan akan diiklankan di Facebook rasmi Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang 2 minggu sebelum tarikh kursus.

 

template KALENDAR KURSUS 2022  jpnpp

PROGRAM PENANAMAN POKOK DURIAN DI SERI MUTIARA

Lawatan di Sekitar Seri Mutiara untuk penambahbaikan taman Dan landskap serta Penanaman Pokok Durian oleh TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak Dan YBhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor di laman buah buahan. Turut hadir TSUK, Pengarah Pertanian bersama Ketua Bahagian/ Seksyen Pembangunan Industri Tanaman Dan Pegawai Pertanian Daerah BD.

AWAS Racun Semut Bahaya.

AWAS Racun Semut Bahaya.
.
.
.
 
Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online. Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.
.
Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.
.
Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama.
.
Mengikut Akta Racun Makhluk Perosak 1974, sesiapa yang memiliki, menggunakan atau menjual racun- racun yang tidak berdaftar boleh didakwa di mahkamah.
.
Elakkan untuk membeli, menggunakan atau menjual racun seperti ini. Hal ini kerana racun perosak yang tidak berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak adalah sangat merbahaya kepada kesihatan manusia serta ekosistem.
.
Antara kesan kepada manusia ialah terdedah kepada risiko kanser, masalah saraf bahkan sesetengah kes membawa kepada maut. Pendedahan kepada ekosistem pula mampu menjejaskan kelestarian alam yang terdiri daripada organisma dan mikrob yang bermanfaat kepada kesuburan tanah.
.
Sumber : Public Health Malaysia
 
racun semut bahaya

Subcategories