Agriculture Extension

" PENGEMBANGAN ADALAH TERAS PERKHIDMATAN KAMI "

Perkhidmatan Pengembangan Pertanian Perkhidmatan Pengembangan Pertanian Pengembangan adalah teras perkhidmatan Jabatan Pertanian dan merupakan sistem penyampaian (delivery system) jabatan. Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP)adalah sistem pengembangan berstruktur dan berjadual yang memberi fokus kepada usahamenambaik sistem penyampaian Jabatan, memperkasakan golongan pengusaha/petanidalam sektor pertanian, meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek denganpengamalan teknologi moden, dan meningkatkan produktiviti pengeluaran, pendapatan dankualiti hidup golongan sasaran.

Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) menekankan kepada latihan kepakaran agenpengembangan serta lawatan pengembangan petani secara berjadual mengikut kalendertanaman dan peringkat pelaksanaan projek. Sistem ini melibatkan penyertaan semuapegawai negeri dan bahagian teknikal Jabatan Pertanian dalam semua program/aktivitiJabatan. Intipati pelaksanaan sistem ini adalah merangkumi peningkatan pengetahuan,kemahiran serta sikap positif petani dalam melaksanakan amalan pertanian baik dan amalanpengilangan baik. Empat (4) utama dalam pelaksanaan SPTP adalah Latihan Pegawai BidangKhas oleh Jurulatih Bidang Khas, Latihan Agen Pengembangan, Lawatan Pengembangan, dan Lawatan Pasukan Teknikal.

Selaras dengan ini, Jabatan Pertanian telah menyediakan dasar kualiti, objektif kualiti,penerangan ringkas mengenai Sistem Pengrusan Kualiti dan prinsip-prinsip asas yangmemandu pelaksanaan Perkhidmatan Pengembangan Pertanian melalui pensijilan SistemPengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian (PPP) olehpihak SIRIM.

Bagi memastikan sistem penyampaian jabatan mencapai objektif pelaksanaan SPTP, setiapDaerah dibahagikan kepada beberapa Kawasan Khidmat Pengembangan yang diselia olehseorang Agen Pengembangan Tanaman (APT) / Agen Pengembangan Industri Asas Tani(APIAT) untuk setiap Kawasan Khidmat seterusnya dipantau oleh Pegawai Pertanian Daerah(PPD).