𝑴𝑨𝑲𝑳𝑼𝑴𝑨𝑵 𝑻𝑬𝑹𝑲𝑰𝑵𝑰 : 𝑷𝑬𝑹𝑴𝑶𝑯𝑶𝑵𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑬𝑺𝑨𝑯𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑻𝑬𝑹𝑳𝑰𝑩𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑨𝑲𝑻𝑰𝑽𝑰𝑻𝑰 𝑹𝑨𝑵𝑻𝑨𝑰𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑬𝑲𝑨𝑳𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑴𝑨𝑺𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑲𝑨𝑰𝑻𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑲𝑨𝑵𝑨𝑵 𝑩𝑨𝑮𝑰 𝑺𝑼𝑩 𝑺𝑬𝑲𝑻𝑶𝑹 𝑻𝑨𝑵𝑨𝑴𝑨𝑵

Untuk makluman, selaras dengan pelaksanaan Fasa II - Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (15 Jun hingga 28 Jun 2021) di seluruh negara,  bermula 15 Jun 2021, 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐑𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 perlu dipohon secara 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 (𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞).

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut :

http://egeraktani.doa.gov.my/

Surat pengesahan ini hanya boleh digunakan untuk pergerakan dalam jarak 10 km radius sahaja. Bagi tujuan pergerakan merentas daerah/negeri melebihi 10km, surat ini boleh digunakan sebagai dokumen sokongan untuk memohon permit pergerakan daripada PDRM di Balai Polis berdekatan.

PDRM atau pihak yang berkaitan boleh membuat semakan ketulenan Surat Pengesahan ini dengan imbasan Kod QR pada surat ini.

Pemegang atau pembawa surat ini BERTANGGUNG JAWAB sepenuhnya ke atas sebarang penyalahgunaan surat ini.

Bagi Syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tuan/ Puan dikehendaki untuk berdaftar melalui sistem CIMS 3.0 melalui link https://notification.miti.gov.my/login.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Pejabat pertanian Daerah yang berdekatan. Berikut ialah pegawai yang boleh dihubungi :

1. Pejabat Pertanian Daerah SPU - En. Mohd Reduan bin Ahmad (019-5588654)

2. Pejabat Pertanian Daerah SPT - En. Mohd Hafiz bin Jaafar (012-3443994)

3. Pejabat Pertanian Daerah SPS - En. Mohd Izaidin bin Misdi (012-5803471)

4. Pejabat Pertanian Daerah BD/TL - En. Ahmad Razali bin Ahmad @ Abdul Razak (019-4228773)

#DoaPenang

#MohdMuhaimin

#myDoa

#DrNorlelaAriffin

#MenangBersama

 
WhatsApp Image 2021 06 15 at 09.37.49WhatsApp Image 2021 06 15 at 09.37.39