Bunga raya putih 1 Nama Tempatan: Bunga raya putih

 Nama Saintifik: Hibiscus rosa-sinensis L

 

Khasiat:

  • Merawat bisul dan bengkak: Daun dan tunas bunga muda secara tradisinya digunakan sebagai alat tuam.
  • Merawat demam, sakit mata dan penyakit kelamin: Air rebusan akar, daun dan bunga diminum.
  • Merawat sakit kepala dan bisul: Daun direndam dan diletakkan di tempat yang bermasalah.
  • Sakit gigi: Air asahan akar disapu pada pipi.
  • Bengkak peranakan: Kuntum bunga yang belum kembang dihancurkan dan ditampal pada kawasan peranakan.

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 103.

Bunga raya putih 2