Daun Kari Nama Tempatan: Daun Kari

 Nama Saintifik: Murraya koenigii

Khasiat                    :

  • Mampu menghalau semut, lipas, kutu dan lalat: Daun diletakkan di tempat yang menjadi laluan atau pengumpulan serangga tersebut.
  • Merawat cirit birit dan buasir: Campurkan daun kari dan madu untuk dijadikan jus kemudian minum sehingga lega
  • Merawat diabetes: Makan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya, buat sebagai ulam.
  • Mencegah penyakit jantung, mengawal paras gula dalam badan, melindungi organ hati, menstimulasikan hormon darah, melegakan sakit kepala: Minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 108.

Daun Kari