Ganda Rusa Nama Tempatan: Ganda Rusa  

 Nama Saintifik: Justicia gendarussa

Khasiat                    :

  • Merawat masalah cacing, muntah dan kembung perut: Ramas daunnya hingga lumat dan demahkan pada bahagian perut yang sakit.
  • Digunakan sebagai bahan bertungku oleh wanita yang baru bersalin: Lekapkan beberapa helai daun ganda rusa di atas perut dan kemudian demahkan dengan batu hangat yang dibungkus dengan kain bersih.
  • Batuk dan sakit kerongkong: Ambil daun ganda rusa berbatang hitam dan tumbuk hingga lumat. Sapukan pada bahagian bawah kerongkong. Lakukan beberapa kali hingga derita pesakit beransur pulih.

RUJUKAN: Sabda, S. 2013. 202 khasiat herba. Shah Alam: Alaf 21 @ Grup Buku Karangkraf.

Ganda Rusa