Inai1 Nama Tempatan: Inai

 Nama Saintifik: Lawsonia inermis

Khasiat:

  • Merawat luka: Daun ditumbuk lumat dan ditampal di kawasan luka.
  • Panau, kurap, kelemumur: Lumur daun yang ditumbuk halus.
  • Cagu (cengkam kuku): Daunnya ditumbuk dan ditampal di tempat yang sakit.
  • Mencantikkan rambut: Daunnya ditumbuk dan dicampur sedikit air kemudian dilumurkan di kepala.
  • Demam kuning, keputihan: Air rebusan daun inai bersama bunga kantan dibuat mandian.
  • Selepas bersalin: Akar digunakan sebagai ramuan ubat periuk.

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 175.

Inai2