Lelipan 1 Nama Tempatan: Lelipan

 Nama Saintifik: Pedilanthus tithymaloides

Khasiat:

  • Bengkak, patah tulang dan gigitan kala jengking atau lipan: Sapukan getah daun atau batang pokok di tempat yang bermasalah dan biarkan sehingga getah tersebut kering. Jika termakan getahnya, tumbuhan ini akan menyebabkan sakit perut dan muntah muntah. Ia juga akan menyebabkan keradangan pada kulit dan kerosakan pada mata jika tersentuh pada kulit dan mata.
  • Merawat bisul dan luka berdarah: Kisar pokok lelipan secukup rasa hingga rata, kemudian letakkan pada bahagian yang sakit.
  • Merawat mata bengkak dan merah: Rebus pokok lelipan dan minum.

RUJUKAN: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia INTAN Kampus Utama Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 2015. Pokok Lelipan. https://www.intanbk.intan.my/tamanherba/lelipan [30 Jun 2021].

Lelipan 2