Nama Tempatan: Lidah buaya
Nama Saintifik: Aloe barbadensis
Khasiat:
- Demam panas: Air perahan daun diminum dan digunakan untuk membasuh muka.
- Pelembut kulit: Lendir daun disapu pada kulit dan dibilas dengan air bersih. Lendir daun disapu dengan air kelapa dan digunakan untuk membasuh muka.
- Asma, batuk, buah pinggang, sakit kepala: Air perahan daun diminum.
- Bengkak: Pupukkan isi daun di tempat yang bengkak.
- Melebatkan rambut: Lendir daun dilumur di kulit kepala.
RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 65.
|
 |