Melur1 Nama Tempatan: Melur

 Nama Saintifik: Jasminum sambac

Khasiat:

  • Merawat resdung: Batangnya dikeringkan dan dijadikan rokok.
  • Membanyakkan susu ibu: Bunganya dihancurkan dan disapu di payudara.
  • Demam: Air ramasan daun bersama beras dan seulas bawang merah dilapkan di seluruh badan terutama kepala.
  • Panau: Daun digosokkan di tempat yang bermasalah.
  • Asma: Air rebusan bunga diminum.
  • Kudis dan jerawat: Air rebusan akar diminum.

 

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 123.

Melur2