Naga buana Nama Tempatan: Naga buana  

 Nama Saintifik: Phyllanthus pulcher

Khasiat                    :

  • Mempercepatkan keluar nanah bagi bisul: Campurkan daunnya yang telah dilumatkan dengan ubi zebra. Kemudian pupukkan pada bahagian yang dijangkiti bisul.
  • Melegakan bengkak-bengkak, ulser hidung dan kembung perut: Rebus daunnya. Kemudian tapis air rebusan tersebut dengan kain putih yang bersih. Gunakan airnya yang masih suam untuk dijadikan tuam pada bahagian yang bermasalah.
  • Melegakan tekanan darah tinggi: Ambil akarnya dan rebus. Minum air rebusan tersebut tiga kali sehari pada waktu malam sehingga terasa lega.

RUJUKAN: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia INTAN Kampus Utama Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 2015. Naga Buana. https://www.intanbk.intan.my/tamanherba/naga-buana [1 Julai 2021].

Naga buana