Pegaga Nama Tempatan: Pegaga

 Nama Saintifik: Centella asiatica

Khasiat:

  • Rawatan tompok hitam di muka (freckles): Tumbuk beberapa helai daun bersama bedak sejuk dan tampal di muka.
  • Kudis, ulser, luka dan masalah kulit: Air perahan disapu di bahagian tersebut.
  • Awet muda, pemutih muka, kuruskan badan: Pegaga sebagai ulaman atau sayuran.
  • Kencing manis, darah tinggi, batu karang, buasir, kolesterol, panas badan, kencing tak lawas, batuk: Air pegaga direbus kemudian ditapis dan dijadikan minuman.

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 144.

Pegaga