Sirih 1 Nama Tempatan: Sirih

 Nama Saintifik: Piper betle

Khasiat:

  • Merawat asma: Panaskan daun dan sapukan sedikit minyak di atasnya dan letakkan di dada untuk membantu semasa serangan asma atau kesesakan.
  • Mampu merawat luka: Hancurkan beberapa daun, perahkan jusnya dan sapukan pada luka atau jangkitan. Kemudian letakkan daun sirih di atasnya dan balut dengan pembalut.
  • Hidung berdarah: daun digulung dan dimasukkan ke dalam hidung selama beberapa jam.
  • Kembung perut: beberapa helai daun ditumbuk dan ditampalkan di perut.

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 150.

Sirih 2