Tetulang Nama Tempatan: Tetulang

 Nama Saintifik: Euphorbia tirucalli

Khasiat                    :

  • Merawat bisul, kesan bengkak dan memulihkan tulang yang patah: Ranting dahan dilayurkan atas api dalam beberapa minit dan tuapkannya pada tempat yang berkenaan.
  • Merawat ketuat: Ambil cecair getah berwarna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang. Sapu pada kawasan yang terkena ketuat setiap hari sehingga hilang.
  • Merawat sakit sendi tulang: Patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya. Rebuskan pokok tersebut dan air rebusan itu digunakan sebagai air mandian.

RUJUKAN: Taman Etnobotani & Pusat Interaksi Sains IPGKTAR. 2018. Pokok Patah Tulang. https://ipgmktar.edu.my/etnobotani/?s=tetulang [2 Jun 2021].

Tetulang