𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙑𝙖𝙠𝙨𝙞𝙣𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙙𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙄𝙣𝙙𝙪𝙨𝙩𝙧𝙞 𝘼𝙜𝙧𝙤𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 (𝘼𝙜𝙧𝙤𝙛𝙤𝙤𝙙 𝙄𝙣𝙙𝙪𝙨𝙩𝙧𝙮 𝙑𝙖𝙘𝙘𝙞𝙣𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢𝙢𝙚 - 𝘼𝙞𝙑𝘼𝘾) 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙋𝙪𝙡𝙖𝙪 𝙋𝙞𝙣𝙖𝙣𝙜

Kerajaan telah meletakkan sektor pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya sebagai salah satu perkhidmatan perlu (essential services) yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang masa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.
Justeru itu, Program AiVAC telah dilaksanakan sebagai langkah pencegahan awal dalam mengurangkan risiko keberjangkitan dalam kalangan pekerja industri agromakanan bagi menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan sekaligus dapat mempercepatkan proses imuniti kelompok (herd imunity).
Program ini menyasarkan golongan sasar yang terdiri daripada pesawah, petani, penternak, nelayan dan pengusaha industri agromakanan kecil-kecilan warganegara Malaysia di negeri Pulau Pinang yang belum mendapat suntikan vaksin. Keutamaan diberi kepada pemohon yang telah memohon melalui aplikasi mySejahtera.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan ini :