Dukung anakNama Tempatan: Dukung Anak

Nama Saintifik: Phyllantus amarus

Khasiat: 

  1. Luka dan kudis: pokok ditumbuk bersama beras dan kunyit dan disapu pada tempat yang bermasalah.
  2. Cirit-birit, kencing manis. darah tinggi, demam, sifilis, bersih darah dan batu karang: air rebusan keseluruhan pokok diminum.
  3. Demam kuning (hepatitis): direbus bersama pokok susu kambing dan dijadikan mandian.
  4. Melancarkan haid, demam malaria dan sembelit: air rebusan daun diminum.
  5. Sakit gigi: akar direbus dan airnya dibuat kumur.

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 38.

Dukung anak