Bunga Kenanga Nama Tempatan: Bunga Kenanga

 Nama Saintifik: Canangium odoratum

Khasiat:

  1. Merawat lelah dan malaria: Tiga kuntum bunga kenanga dicelur di dalam semangkuk air panas selama 5 minit kemudian air tersebut diminum dua kali.
  2. Selepas bersalin: Bunga dijadikan ramuan untuk mandian. Segenggam kudup bunga dihancurkan bersama bersama akar serapat dan kunyit dan jusnya diminum.
  3. Menguatkan ingatan, mengurangkan bau badan: Air rebusan kulit batang diminum.
  4. Gatal-gatal: Daun ditumbuk dan dilumur di tempat masalah.

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 182.

Bunga Kenanga