KETERANGAN AM
Nama Biasa : Jambu Batu
Nama Saintifik : Psidium guajava
Keluarga : Mytaceae
Asal :
Jambu Batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico. Ianya tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.
Kawasan Utama Tanaman :
Negeri utama di mana banyak guava ditanam secara komersil ialah di Perak, Johor, Selangor dan Pahang.
Kegunaan :
Jambu Batu amat digemari secara makanan buah segar dan secara jus. Ianya juga diproses untuk dijadikan jus, puree dan jem.
Kandungan Zat Makanan :
Kandungan | Unit/100gm |
Tenaga | 48 kcal |
Protin | 10 gm |
Lemak | 1.1 gm |
Serat | 0.2 gm |
Kalsium | 37.0 gm |
Fosforus | 33gm |
Besi | 1.2gm |
Natrium | 48.9 gm |
Vitamin A | 60 mg |
Vitamin B1 | 0.1 mg |
Vitamin B2 | 0.05 mg |
Asid Askorbik (Vit. C) |
1.1 mg |
TANAMAN BOTANIA
Pokok :
Pokok bersaiz sederhana, 5 - 10 m tinggi dan berkanopi seluas 5 - 8 m. Pucuk muda berbulu halus, berbentuk empat segi dan berwarna hijau.
Daun :
Daun jambu batu bebentuk ringkas, oval ke lebar dan urat daun timbul di permukaan bawah daun. Susunan daun ialah bersetentangan di antara satu sama yang lain.
Bunga :
Warna bunga ialah putih dan terletak di paksi pucuk muda.
Buah :
Buah berbentuk bulat ke oval dan saiz buah berbeza bergantung kepada klon. Isi buah puteh ke merah jambu dan mengandungi biji kecil yang keras. Terdapat juga klon yang tidak mengandungi biji.
Biji :
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang kesep.
Kultivar / Klon :
Klon yang popular adalah seperti berikut :
GU 8 (Kampuchea), GU 9 (Klom Toon Klao) dan GU 10 (Klom Sali). Klon-klon ini mempunyai perbezaan pada ciri-ciri buah seperti berikut :
Ciri-ciri
|
GU 8
|
GU 9
|
GU 10
|
Saiz Buah | Besar | Sederhana Besar | Sederhana |
Bentuk Buah | Oval | Bulat Oval | Bulat |
Kulit | Nipis, Licin dan berwarna hijau | Sederhana tebal licin dan hijau | Nipis, Kecil dan berwarna hijau kekuningan |
Isi | Tebal, Pejal dan sedikit kasar, agak manis dan berwarna putih | Tebal , rapuh , agak manis dan berwarna putih | Tebal, rapuh tetapi bertekstur halus, agak manis dan berperisa dan berwarna putih |
Biji | Berbiji | Berbiji | Berbiji |
KEPERLUAN TANAMAN
Cuaca :
Jambu Batu tumbuh dengan baik di kawasan tropika dengan suhu tahunan 27 - 30 darjah celcius dan taburan hujan 2,000 mm setahun. Ianya memerlukan musim kering untuk pengeluaran bunga.
Tanah :
Jambu Batu boleh ditanamn dipelbagai jenis tanah. Tanah yang kurang sesuai seperti tanah bekas lombong memerlukan langkah-langkah pemulihan tanah sebelum penanaman dijalankan.
AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman :
Bahan tanaman ialah secara tut dan mata tunas. Kaedah ini dapat mempastikan klon yang tulin dan masa pengeluaran buah yang cepat.
Jarak Tanaman :
Sistem tanaman ialah sistem tanaman empat pada jarak 4 m X 4 ( 625 pokok/ha)
Menanam :
Lubang tanaman berukuran 0.3 m X 0.3 m X 0.3 m perlu disediakan dan bahan organik (5 kg/lubang), Triple Superphosphate CIRP (200 gm/lubang) dan Ground Magnesium Limestone ( 100 gm/lubang) digaul bersama tanah semasa menanam. Gangguan kepada akar pokok hendaklah diminimakan semasa menanam.
Cantasan :
Cantasan perlu dijalankan semasa tumbesaran pokok . Pada permulaan cantasan pembentukan dilakukan untuk membentuk supaya ianya berbentuk terbuka dan mengurangkan ketinggian pokok serta membentuk dahan yang kuat untuk menampung buah. Pucuk matang pula perlu dicantas untuk mengurangkan pertumbuhan sulur air yang berlebihan dan juga untuk menggalakkan pengeluaran bunga.
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Fasa
|
Umur (Tahun)
|
Jenis Baja
|
Kadar (Kg/pokok/tahun)
|
Masa
|
Semasa Menaman | 0 | Bahan Organik | 0.25 0.1 5 |
Digaul bersama tanah dalam lubang |
1* | 15:15:15 | 0.5 | 4 kali/tahun | |
Tumbuh dengan pokok | 2* | 15:15:6:4 | 1.0 | Semasa musim hujan bermula |
Pengeluaran Buah | 3* 4* |
12:12:17:2+TE 13:13:13:17 | 1.5 2.0 |
Membalut Buah & Membuang Putik :
Buah dibalut menggunakan beg yang diperbuat dari kertas surat khabar semasa buah berputik (sebesar ibu jari). Hanya sebiji buah ditinggalkan untuk setangkai bunga untuk tujuan mendapatkan buah yang besar dan berkualiti.
Pengurusan Air :
Untuk pengeluaran secara komersil pengairan adalah mustahak. Beberapa jenis sistem pengairan boleh digunakan seperti sistem pengairan renjis dan sistem pengairan titis.
PENGURUSAN PEROSAK
Penyakit :
Penyakit utama yang menyerang tanaman Jambu batu adalah seperti berikut :
Penyakit
|
Tanda-tanda
|
Kawalan
|
Scab (Pestalotiopsis psidii) |
Nekrasis pada kulit buah | Copper oxychloride |
End-ring rot (Phomopsis psidii) |
Kesan Nekrosis pada hujung buah | benomly at 0.05 % |
Antraknos | Tompok hitam pada kulit buah bergabung membentuk kawasan yang besar | benoimly at 0.05 % a.i |
Brown rot (Botryophaeria ribus) |
kawasan yang berpenyakit menjadi reput dan berair | benomly at 0.05 % a.i |
Serangga :
Serangga yang biasa menyerang durian adalah seperti berikut :
Penyakit (Agen Penyebab)
|
Tanda-tanda
|
Kawalan
|
Lalat Buah | Serangga bertelur di permukaan buah larva masuk dalam buah | Methyl engenol or promer as bait |
Helepeltis (Helopeltis theobromae) | Serangga dewasa menyerang pucuk dan daun menyebabkan layu | dimethoate 1 % a.i |
Mealy bugs ( Ferisiana virgata, pseudo, citriculus, Planococcus pacifius) | Serangga dewasa menghisap daun dan mengeluarkan cecair yang menggalakkan pertumbuhan kulat | minyak putih |
Kulat putih | Serangga dewasa menghisap daun dan mengeluarkan cecair yang menggalakkan pertumbuhan kulat | deltamethorin at 0.01 % a.i |
Meloidogyne | pokok terbantut kerana akar yang diserang menjadi bengkak | phenamifos or and carbofiuran |
Pengorek batang | Pokok dewasa mati di bahagian atas tempat yang diserang | paradichlorabenzene or metharidophos (trunk injection) |
Fruit borer (Cryptorrhyncus mangeferae) | methamidophos at 0.1 % a.i | |
Lalat buah | Buah matang diserang dan larva mengorek buah | methamidophos at 0.1 % a.i |
Leaf eaters (Apogonia spp, Adorwtus spp, Hypomeces) | Serangga dewasa memakan daun menyebab daun berlubang | spray with trichlorpon or dimethoate (0.1 % a.i) |
Rumpai :
Jarak tanamn yang rapat memberikan ruang yang semoit untuk pertumbihan rumpai. Walau bagaima pun kawalan rumpai di sekeliling pokok ialah secara manual. Sungkupan disyorkan untuk mengawal pertumbuhan rumpai dan mengekalkan lembapan tanah di sekeliling pokok. Rumpai di antara barisan boleh dikawal menggunakan racun rumpai atau dikawal dengan penanaman penutup bumi.
KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL
Kematangan :
Pokok guava yang dibiak secara tampang akan mengeluarkan hasil bermula 1 - 2 tahun selepas menanam. Pokok yang dibiak menggunakan bini akan mengeluarkan hasil bermula 2 - 3 tahun selepas ditanam.
Hasil :
Hasil pada musim pertama adalah rendah. Hasil pada 4 - 5 tahun ialah 40 - 50 tan/ha
Musim :
Di Malaysia guava boleh berbuah disepanjang tahun. Walau bagaimana pun, ada dua musim utama, iaitu selepas musim kemarau yang menggalakkan pembentukan bunga.
Indeks Mengutip Buah :
Buah guava mengambil masa 15 - 17 minggu selepas berputik. Buah boleh dipetik apabila bahagian dekat tangkai buah telah matang, di mana kulit buah berwarna hijau kekuningan dan isi buah rangup dan manis.
PENGENDALIAN BUAH DAN PENYIMPANAN
Pengendalian Lepas Tuai :
Buah dipungut dengan menggunakan secateurs dan sebelum itu kertas pembalut dibasahkan terlebih dahulu untuk mengekalkan kelembapan buah. Kemudian, buah dibasuh, dikeringkan, digred dan dimasukkan ke dalam bakul untuk pasaran.
Penyimpanan :
Buah yang telah dipetik boleh disimpan pada suhu 26°C untuk seminggu dan 4 - 5 minggu pada suhu 5°C.
EKONOMI
Jumlah kos pengeluaran untuk tempoh 10 tahun ialah RM 75,000.00
Berdasarkan harga selepas di ladang :
Nilai Bersih Kini @ 10% ialah RM 14,200.00
Kadar Pulangan ialah 27 %, dan
Nisbah Faedah Kos @ 10% ialah 1.50