KETERANGAN AM
Nama Tempatan : Bayam Hijau, Bayam Merah
Nama Saintifik : Amaranthus sp
Bayam Hijau :
Daun berwarna hijau sama ada berbentuk bulat atau bujur.
Bayam Merah :
Daun berbentuk bulat dan berwarna kemerahan di bahagian tepi dan tengah daun.
Komposisi Nutrien :
Kandungan | Amaun/100g |
Tenaga | 21.0 Kcal |
Air | 92.9 g |
Protin | 2.1 g |
Lemak | 0.2 g |
Karbohidrat | 2.7 g |
Serabut | 0.7 g |
Abu | 1.4 g |
Kalsium | 90.0 mg |
Fosforan | 29.0 mg |
Besi | 3.8 mg |
Natrium | 131.0 mg |
Kalium | 385.0 mg |
Beta-Karoten | 4080.0 ug |
Vitamin B1Â | 0.08 mg |
Vitamin B2 | 0.15 mg |
Niacin | 0.7 mg |
Vitamin C | 76.6 mg |
KETERANGAN BOTANI
Batang :
Licin, banyak cabang, berwarna hijau atau kemerahan.
Daun :
Bentuk bulat atau bujur. Berwarna hijau atau kemerahan .
Bunga :
Hermafrodit, berwarna putih kekuningan, berbentuk spike .
Benih :
Berwarna hitam berkilat, berbentuk bulat dan kecil. Berat 1000 biji benih ialah lebih kurang 0.3g .
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
23-35° C.
Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong .
pH tanah :
5.5 - 6.5
AMALAN KULTUR
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk 1.2 m lebar dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3 - 5 tan/ha bagi tanah mineral. Tahi ayam ditabur di batas pada kadar 3 - 5 tan/ha .
Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih  : 6 - 7 kg
Rawatan biji benih    : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g bijibenih
Teknik menanam     : Bijibenih dicampur dengan pasir halus dan ditabur terus ke atas batas
Penjarangan            : Penjarangan dibuat 14 hari selepas menabur
Jarak tanaman         : 20 cm di antara baris dan 10 cm di antara pokok.
Pengurusan Air :
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas dan dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis .
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Tanah | Jenis Baja | Kadar (t/ha/musim) |
MasaÂ
(Minggu lepas tanam) |
Cara |
1. Bris
|
||||
Rudua | Tahi ayam NPK15:15:15 |
5.0Â 0.6 |
-1 * 2,3 & 4 |
Gaul dalam tanah keliling pokok
|
Baging | Tahi ayam NPK15:15:15 |
15-20Â 1.0 |
-1 * 2,3 & 4 |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
2. Bekas Lombong
|
||||
Pasir | Tahi ayam NPK15:15:15 |
20 0.8 |
-1 * 2,3 & 4 |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
3. Gambut | NPK15:15:15 | 0.7 | 1, 2 | Keliling pokok |
4. Mineral | Tahi ayam NPK15:15:15 |
3.0-5.0 0.6 |
 -1 * 2,3 & 4 |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
* Satu minggu sebelum tanam
PENGURUSAN PEROSAK
Jenis Serangga/Penyakit | Simptom | Cara Kawalan |
Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) |
Memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam. | Guna umpan trichlorfon dan dedak dengan kadar 1:20 atau sembur dengan chlorfluazon atau fenvalerate. |
Ulat ratus (Spodoptera litura) |
Makan daun dan pucuk, menyerang secara kelompok. | Guna racun trichlorfon, permethrin atau fenvalerate. Musnah serangga dan daun yang diserang. |
Hawar melecuh (Cystopus bliti) |
Tompok-tompok putih di bahagian bawah daun. | Guna racun kulat benomyl dan amalkan tanaman giliran. |
Lecuh anak benih (Pythium butleri) |
Menyerang anak benih. | Rawat benih dengan captan, elak menanam di kawasan lembab. Guna racun benomyl jika perlu. |
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI
Masa kutipan hasil :
28 - 30 hari selepas menyemai .
Hasil (kg/ha) :
1500.
Cara mengutip hasil :
Pokok dicabut dengan akarnya sekali.
Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.
Pengendalian hasil :
Pemilihan, pembasuhan, penggredan dan pembungkusan.
Penyimpanan :
Suhu 1 - 3 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 1 minggu .
EKONOMI PENGELUARAN
Kos Pengeluaran/ha | RM 5,969 (Tenaga Upah) RM 4,708 (Tenaga Keluarga) |
Pendapatan Kasar/ha | RM 15,000 (@ RM1.00/kg) |
Pendapatan Bersih/ha | RM 9,031 (Tenaga Upah) RM 10,292 (Tenaga Keluarga) |