KETERANGAN AM
Nama Tempatan : Kacang Buncis
Nama Saintifik : Phaseolus vulgaris
Komposisi Nutrien :
Kandungan | Amaun/100g |
Protein | 2.3 g |
Karbohidrat | 6.2 g |
Lemak | 0.2 g |
Serabut | 1.5 g |
Kalsium | 54.0 mg |
Zat Besi | 1.8 mg |
Fosforus | 6.0 mg |
Kalium | 75.0 mg |
Natrium | 34.0 mg |
Karotena beta | 1036.0 ug |
Vitamin B1 | 0.1 mg |
Vitamin B2 | 0.2 mg |
Vitamin C | 15.8 mg |
Niacin | 0.1 mg |
KETERANGAN BOTANI
Batang :
Lembut dan memanjat dengan cara melilit, terdapat jalur berwarna ungu .
Akar :
Terdiri dari akar tunjang (90 cm dalam) dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas.
Daun :
Berbentuk oval lebar .
Bunga :
Berwarna putih, merah jambu atau kuning. Cara pendebungaan secara sendiri .
Lenggai :
Berwarna hijau muda hingga hijau tua dan berukuran 15-20 cm .
Kultivar :
 | MKB 1 | KB 1 |
Hasil (tan/ha) | 15 | 15 |
Umur mula berbunga (HLT) | 30 | 35 |
Umur mula kutip hasil (HLT) | 35 - 45 | 35 - 40 |
Bentuk lenggai | Sedikit bengkok dan leper pada keratan lintang. | Bengkok di kedua-dua hujung dan berbentuk pir pada keratan lintang. |
Warna kulit biji | Hitam | Hitam |
Warna kotilidan | Putih | Hijau dengan sedikit jingga |
**HLT - Hari Lepas Tanam
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
25 - 35°C .
Taburan hujan :
168 mm/bulan .
Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong .
pH tanah :
5.5 - 6.8
AMALAN KULTUR
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha bagi tanah mineral .
Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih  : 8 kg
Rawatan biji benih    : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000 g bijibenih.
Jarak tanaman         : 45 cm di antara pokok 60 cm di antara baris
Cara menanam         : Bijibenih ditanam terus ke batas. Selepas 10 hari penjarangan dibuat di mana hanya satu anak benih yang paling cergas
                                  ditinggalkan .
Menyulam                : 1 minggu selepas menanam
Sistem trellis           : Sistem trellis digunakan di mana kayu junjung disediakan sebulan selepas menanam
Cantasan                : Daun-daun yang berpenyakit dan berlebihan di bahagian bawah pokok perlu dicantas.
Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM 5,000 - RM 8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama.
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Tanah | Jenis Baja | Kadar (t/ha/musim) |
MasaÂ
(Minggu lepas tanam) |
Cara |
1. Bris
|
||||
Rudua | Tahi ayam NPK12:12:17:2 |
10Â 0.7 |
-1 * 2,4 & 6 Â |
Gaul dalam tanah keliling pokok
|
Baging
|
Tahi ayam NPK12:12:17:2 |
20-25Â 1.0 |
-1 * 2,4 & 6 |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
2. Bekas Lombong
|
||||
Pasir | Tahi ayam NPK12:12:17:2 |
25 1.0 |
-1 * 2,4 & 6 |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
3. Gambut | NPK12:12:17:2 | 0.7 | 2,4 & 6 |
Keliling pokok
|
4. Mineral | Tahi ayam NPK12:12:17:2 |
5 0.7 |
-1 * 2,4 & 6Â Â |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
* Satu minggu sebelum tanam
PENGURUSAN PEROSAK
Jenis Serangga/Penyakit | Simptom | Cara Kawalan |
Lalat kacang (Melanagromyza phaseoli) |
Tanaman muda akan tumbang. Serangga bertelur di atas permukaan daun . | Sembur racun diazinon atau dimethoate . |
Ulat Pengorek Buah (Maruca testulis) |
Bunga akan gugur dan buah terbantut . | Musnahkan buah yang diserang. Sembur racun cyhalothrin atau deltamethrin |
Bintik Berpusar (Colletotrichum lindemuthianum) |
Bintik-bintik berpusar kehitaman terdapat pada daun dan lenggai . | Rawat biji benih dengan racun captan. Pastikan saliran baik. Sembur racun maneb atau mancozeb. Bajak reput relas ke dalam tanah . |
Karat (Uromyces appendiculatus) |
Daun menjadi kuning dan kering. Bintik bulat dan berwarna kuning, tengahnya berwarna perang di atas daun. . | Bajak reput relai ke dalam tanah. Sembur dengan mancozeb/copper oxychloride |
Reput Pangkal (Rhizoctonia solani) |
Pokok akan layu dan pangkal menjadi reput. | Cabut dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit. Siram racun captan pada pokok berhampiran . |
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI
Masa kutipan hasil :
6 - 7 minggu selepas tanam .
Hasil (kg/ha) :
15,000
Tempoh kutipan hasil :
5 minggu
Tanda-tanda kematangan Lenggai :
Berwarna hijau muda. Biji kacang masih kecil dan tidak begitu nyata bentuknya.
Kekerapan mengutip hasil :
Setiap 2 - 3 hari.
Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.
Pengendalian hasil :
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan.
Penyimpanan :
5 - 10°C dan kelembapan relatif 90 - 95% dan boleh tahan selama 1 - 2 minggu .
EKONOMI PENGELUARAN
Kos Pengeluaran/ha | RM 3,913 (Tenaga Keluarga) RM 7,273 (Tenaga Upah) |
Pendapatan Kasar/ha | RM 1,200 (@ RM0.80/kg) |
Pendapatan Bersih/ha | RM 5,687 (Tenaga Keluarga) RM 2,327 (Tenaga Upah) ) |