KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Kacang Panjang
Nama Saintifik : Vigna sesquipedalis (L.)

Komposisi Nutrien :

Kandungan Amaun/100g
Protein 2.1 g
Karbohidrat 4.0 g
Lemak 0.9 g
Serabut  1.4 g
Kalsium  61.0 mg
Zat Besi 0.8 mg
Fosforus 33.0 mg
Kalium 53.0 mg
Natrium 5.0 mg
Karotena beta 513.0 ug
Vitamin B1 0.1 mg
Vitamin B2 0.6 mg
Vitamin C 48.5 mg
Niacin 0.5 mg

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Jenis memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh mencapai sehingga 4 m.

Akar :
Mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas.

Daun :
Jenis majmuk.

Bunga :
Berwarna putih kuning atau ungu, berukuran 2 - 2.5 cm dan terdapat dalam kelompok 3 - 6 kuntum setiap tangkai bunga.

Lenggai :
Berukuran antara 20 - 70 cm dan purata garis pusat 1.2 cm. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut varieti.

Kultivar :

  KP 1 (YB902)
Hasil (tan/ha) 15 - 20
Warna daun Hijau
Mula berbunga selepas tanam (apabila 10% populasi mekar) 36 - 40 hari
Panjang buah 50 - 76 cm
Tempoh simpanan buah (pada suhu 10°C, 90% kelembapan relatif) 7 hari
Kutipan hasil 45-50 hari selepas menanam. Tempoh kutipan hasil di antara 30-40 hari.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
20 - 30°C

Taburan hujan :
138 - 168 mm/bulan

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong

pH tanah :
5.5 - 6.8

AMALAN KULTUR

Penyediaan Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha bagi tanah mineral.

Penyediaan anak benih :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih   : 1.5 kg
Rawatan biji benih     : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g benih .

Penanaman di ladang :
Cara menanam : Biji benih digaulkan dengan pasir halus atau tanak peroi dan taburkan sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas
Penjarangan     : Dilakukan 10 hari selepas bercambah.
Jarak tanaman : 20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok

Pengurusan Air :
Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran. Penyiraman 2 kali sehari secara manual atau sistem renjis adalah disyorkan jika tiada hujan.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah Jenis Baja Kadar
(t/ha/musim)
Masa 
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua Organik 5.0 -2
Tabur atas tanah
  Inorganik 0.8 10,17,24
Tabur antara pokok
Baging
Organik 15 - 20 -2
Tabur atas tanah
  Inorganik 1.0 10,17,24
Tabur antara pokok
 2. Bekas Lombong
Pasir Organik 20 -2
Tabur atas tanah
  Inorganik 1.0 10,17,24
Tabur antara pokok
3. Gambut Inorganik 10 10,18   
Tabur antara pokok
4. Mineral Organik 3.0 - 5.0 -2  
Tabur atas tanah
  Inorganik 0.6  10,18
Tabur antara pokok

* Satu minggu sebelum menanam

PENGURUSAN PEROSAK

Jenis Serangga/Penyakit Simptom Amalan Kultur Kawalan Kimia
Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis Gayer) Lenggai berlubang dan terdapat sisa najis pada bahagian yang diserang Kutip dan musnahkan ulat dan lenggai yang diserang i. lambda
ii. cyhalothrin
iii. carbaryl 
Pemakan buah kacang (Euchrysops cnejus F) Terdapat lubang-lubang di atas permukaan buah
-
i. carbaryl 
Lalat kacang (Melanagromyza phaseoli) Terdapat larva dalam daun dan batang menyebabkan pokok layu dan akhirnya mati
-
i. diazinon
ii. dimethoate
Kutu daun (Aphis craccivora Kock) Bahagian yang diserang terbantut dan kerekot
-
i. profenfos
ii. malathion
Antraknos (Colletotrichum lindemuthianum) Bintik-bintik berwarna keperangan dan melekuk ke dalam Kutip dan musnahkan pokok yang berpenyakit i. captan
ii. mancozeb
Bintik daun (Cercospora canescens Ell. & Mart) Terdapat bintik-bintik warna perang pada daun Kutip dan musnahkan daun yang diserang i. mancozeb
ii. maneb
Karat (Uromyces appendiculatus) Bintik bulat dan berwarna perang terdapat pada daun Kutip dan musnahkan bahagian yang diserang i. cyproconazole
ii. oxycloride
iii. mancozeb
iv. cuprous oxide
Lecuh anak benih (Pythium sp.) Anak benih layu dan akhirnya mati Pastikan saliran baik. Tentukan siraman air tidak berlebihan i. captan
Mozek daun (Mosaic virus) Daun berbintik dan kerekot. Pokok terbantut dan lenggai menjadi kecil Amalkan kebersihan kawasan i. malathion
Reput pangkal (Rhizoctonia solani) Pokok layu dan pangkal menjadi reput Cabut dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit i. captan

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
35 - 45 hari selepas menanam.

Hasil (kg/ha) :
15,000 - 25,000

Tempoh kutipan hasil :
30 - 40 hari

Cara memunguti :
Lenggai dipetik dengan memulas tempohnya.

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan.

Penyimpanan :
5 - 10°C dengan 90 - 95% kelembapan relatif .

EKONOMI PENGELUARAN

Kos Pengeluaran/ha RM 4,470 (Tenaga Keluarga)
RM 7,710 (Tenaga Upah)
Pendapatan Kasar/ha RM 14,000 (@ RM0.80/kg)