KETERANGAN AM
Nama Tempatan : Terung.
Nama Saintifik : Solanum melongena
Komposisi Nutrien :
Kandungan | Amaun/100g |
Protein | 0.5 g |
Karbohidrat | 4.0 g |
Kalsium | 14.0 mg |
Besi | 0.2 mg |
Fosforus | 21.0 mg |
Kalium | 76.0 mg |
Natrium | 13.0 mg |
Vitamin B1 | 0.03 mg |
Vitamin B2 | 0.06 mg |
Vitamin C | 9.7 mg |
Niacin | 0.10 mg |
KETERANGAN BOTANI
Batang :
Bercabang dan warnanya bergantung kepada varieti.Terdapat bulu-bulu halus pada batangnya .
Akar :
Sistem akar tunjang dan akar berserabut .
Daun :
Terdapat bulu-bulu halus pada daunnya.Perbezaan warna mengikut varieti .
Bunga :
Bunga mempunyai tangkai pendek dan berbentuk bintang .
Buah :
Buahnya berbentuk panjang atau bulat.Warnanya berbeza-beza dari putih, hijau atau ungu mengikut varieti .
Kultivar :
Varieti | Ping Tung Long |
Bentuk buah | Buah berbentuk panjang lurus dan berwarna ungu gelap |
Panjang buah | 25 - 27 cm panjang dengan garis pusat 3 - 3.5 cm |
Berat buah | 160 - 170 g |
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
25-35°C
Taburan hujan :
340-515 mm/musim
Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut,tanah BRIS dan tanah bekas lombong
pH tanah :
5.5 - 6.8
AMALAN KULTUR
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur, batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha (tanah mineral).
Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman                 : Biji benih
Keperluan biji benih                   : 375 - 400 g
Rawatan biji benih                     : Guna racun captan pada kadar 3g/1000 g benih.
Masa menyemai                       : 6 minggu sebelum menanam
Masa mengubah                       : 6 minggu sebelum menanam
Jarak tanaman                          : 90 cm di antara pokok dalam satu baris dan 150 cm di antara baris
Kepadatan tanaman                  : 16,000 pokok
Menyulam                                : 1 minggu selepas menanam
Pemasangan junjung/penyokong : 1 bulan selepas menanam
Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM 5,000 - RM 8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama.
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Tanah | Jenis Baja | Kadar (t/ha/musim) |
MasaÂ
(Minggu lepas tanam) |
Cara |
1. Bris
|
||||
Rudua | Tahi ayam NPK12:12:17:2 |
10 2 |
-1 * 2,5,8,11&14Â Â |
Gaul dalam tanah keliling pokok
|
Baging
|
Tahi ayam NPK12:12:17:2 |
30 3 |
-1 * 2,5,8,11&14Â |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
2. Bekas Lombong
|
||||
Pasir | Tahi ayam NPK12:12:17:2 |
30 3 |
-1 * 2,5,8,11&14Â |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
3. Gambut | NPK12:12:17:2 | 2 | 2,6,10&14 minggu |
Keliling pokok
|
4. Mineral | Tahi ayam NPK12:12:17:2 |
5 1.5 |
-1 * 2,6,10&14Â Â |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
* Satu minggu sebelum menanam
PENGURUSAN PEROSAK
Jenis Serangga/Penyakit | Simptom | Amalan Kultur | Cara Kawalan |
Kumbang Daun (Epilachna indica) |
Daun berkeadaan lutsinar. |
-
|
i. carbaryl ii. trichlorfon |
Pengorek pucuk dan buah (Leucinodes orbornalis) |
Pucuk layu dan buah berlubang-lubang halus. | Kutip dan musnah buah yang diserang | i. permethrin ii. lambda cyhalothrin |
Ulat lipat daun (Psara bipunctalis F.) |
Ulat menggulung daun dan memakan tisu-tisu di bahagian dalam daun. |
-
|
i. carbaryl ii. acephate |
Kutu daun (Aphis spp.) |
Buah berparut, daun berkerekot dan pokok terbantut. | Kutip dan musnah pokok yang diserang. |  |
Hamama | Daun berkerekot, berbintik dan berkarat. | - | i. formothion ii. propargite |
Layu bakteria (Pseudomonas solanacearum) |
Pokok menjadi layu, batang dan ranting menjadi kecut dan kering | Musnah pokok yang berpenyakit | - |
Reput buah (Phomospsis vexans) |
Bahagian yang diserang berwarna perang. Buah menjadi lembut dan reput. | Kutip dan musnah buah yang diserang. | - |
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI
Masa kutipan hasil :
11 - 12 minggu selepas menyemai .
Hasil (kg/ha) :
20,000 - 30,000
Tempoh kutipan hasil :
3 - 5 bulan
Cara memungut :
Buah dipetik dengan tangkainya .
Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.
Pengendalian hasil :
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan.
Penyimpanan :
5 - 10°C, Kelembapan relatif 90-95% dan boleh tahan selama 2 minggu
EKONOMI PENGELUARAN
Kos Pengeluaran/ha | RM 8,156 (Tenaga Keluarga) RM 11,561 (Tenaga Upah) |
Pendapatan Kasar/ha | RM 12,500 (@ RM0.50/kg) |