KETERANGAN AM
Nama Tempatan : Kacang soya hijau
Nama Saintifik : Glycine max
Pertumbuhan Pokok :
Tegak dan rimbun
Tinggi Pokok :
70 cm
Tempoh Matang :
70 hari
Komposisi Nutrien :
Kandungan | Amaun/100g |
Tenaga | 582 Kcal |
Protein | 11.4g |
Lipid | 6.6g |
Kalsium | 70mg |
Fosforus | 140mg |
Kalium | 140mg |
Karotena | 100mg |
Vitamin B1 | 0.27mg |
Vitamin B2 | 0.14mg |
Vitamin C | 27mg |
KETERANGAN BOTANI
Batang :
Tegak dan terdapat beberapa tunas sisi yang mempunyai bulu sporadic akan tumbuh dan menjadi cabang sisi.
Daun :
Berselang, trifoliate, petiol panjang dan berwarna hijau. Bentuk ovate ke lanceolate dan hujung daun berbentuk mucronate.
Bunga :
Berwarna putih atau unggu. Bentuk gumpalan.
Buah / Lenggai :
Lenggai dan gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Biji bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan.
Akar :
Akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitious tumbuh daripada hypocotyl. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk spera.
JENIS KLON DISYORKAN
MKS1 |
Kultivar :
MKS 1 | Hasil tinggi dan saiz kekacang besar |
(AGS 190) | Hasil lenggai segar : 7t/ha/musim |
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
15°C hingga 30°C.
Taburan hujan :
1000mm/tahun.
Jenis tanah :
Tekstur tanah jenis peroi serta mempunyai sifat kapasiti pegangan air dan saliran yang baik.
pH tanah :
5.0 - 6.5
AMALAN KULTUR
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak sedalam 22cm dan digembur. Bagi kawasan tanah gambut, pengapuran perlu dibuat pada kadar 1 - 2t/ha/musim.
Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman   : Biji benih
Keperluan biji benih/ha : 50kg/ha
Jarak tanaman            : 10cm antara pokok dan 50cm antara baris
Teknik tanaman          : 1 - 2 biji benih diletakkan dalam satu lubang
Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000 - RM10,000/ha.
Kawalan Rumpai :
Guna 4.6 liter alachlor (Lasso) dicampur dengan 500 liter air untuk kawasan 1 hektar dan disembur sebelum menanam. Pada minggu kedua dan keempat, merumput dilakukan secara manual.
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Baja | Masa Membaja | Kadar |
Bahan organik | Semasa menanam | 200kg/ha |
NPK 15:15:15 | 10 hari lepas tanam | 250kg/ha |
NPK 12:12:17:2 + TE | 30 hari lepas tanam | 300kg/ha |
PENGURUSAN PEROSAK
Penyakit :
Perosak | Simptom | Kawalan |
Lalat Kacang Ophiomyia phaseoli |
Menyerang anak benih | Dimethoate |
Ulat Ratus Spodoptera litura |
Menyerang daun-daun. | Malathion/Sevin |
Pengorek Lenggai Maruca testulatis |
LLarva mengorek masuk dalam lenggai dan memusnahkan biji. | Malathion/Sevin |
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI
Masa kutipan hasil :
70 - 75 hari selepas menanam apabila lenggainya 95% penuh dan bentuk biji dalamnya jelas.
Teknik kutipan hasil :
Pokok dipotong 2cm dari paras tanah dan lenggainya dileraikan.
EKONOMI PENGELUARAN
Hasil/ha | 4,500kg |
Harga/kg | RM2.00 |
Kos Pengeluaran/ha | RM9,000.00 |
Pendapatan Kasar/ha | RM6,086.00 |
Pendapatan Bersih/ha | RM2,916.00 |