KETERANGAN AM
Nama Tempatan : Keledek
Nama Saintifik : Ipomoea Batatas
Komposisi Nutrien :
Kandungan | Amaun/100g |
Protein | 0.95 - 2.4 gm |
Lemak | 0.12 - 1.0gm |
Karbohidrat | 25 - 32 gm |
Gentian | 0.9 - 1.6 gm |
Kalsium | 29 - 34 mg |
Fosforas | 49 - 51 mg |
Kalium | 200 - 373 mg |
Besi | 0.1 - 1.0 mg |
Natrium | 13 - 52 mg |
Magnesium | 24 - 26 mg |
Beta-karotin | Lebih 500 IU |
Thiamin | 0.09 - 0.1 mg |
Riboflavin | 0.03 - 0.06 mg |
Niacin | 0.6 - 0.9 mg |
Asid askorbik | 20 - 25 mg |
KETERANGAN BOTANI
Batang :
Tumbuh merayap di tanah. Mempunyai buku dan ruas di mana sulur sisi boleh didapati dari batang utama. Akar serabut akan keluar dari buku batang sekiranya tersentuh.
Daun :
Berbeza saiz mengikut kultivar dari jenis bulat ke jenis jejari. Berwarna hijau kekuningan sehingga haijau gelap dan tersusun secara berselang-seli.
Bunga :
Bunga lima ranggi bercantum, berwarna putih hingga keunguan. Keluar secara sekuntum atau berkumpulan dan keluar dari ketiak daun.
Akar :
Sistem akar serabut. Sebahagian dari sistem akar juga akan berfungsi sebagai penyimpan bahan makanan bagi menghasilkan ubi keledek.
JENIS KLON DISYORKAN
Gendut |
Bukit Naga |
Serdang 1 |
Kuala Bikam |
Large White |
Kultivar :
Bukit Naga | Kulit ubi berwarna unggu tua dan isi berwarna kuning. Hasil 20 - 30 tan/ha. |
Large White | Kulit ubi berwarna merah samar dan isi berwarna kuning pucat. Hasil 12 tan/ha. |
Serdang | Kulit ubi berwarna unggu tua dan isi berwarna putih kekuningan. Hasil 15 - 20 tah/ha. |
Gendut (MSP94) | Kulit ubi berwarna perang kekuningan dan isi berwarna kekuningan pucat. Hasil 20 - 30 tan/ha. |
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
24°C hingga 32°C .
Taburan hujan :
750 - 1000 mm/tahun .
Jenis tanah :
Tanah peroi bersaliran baik dan tinggi kandungan bahan organan seperti tanah lom dan lempung pasir .
pH tanah :
5.5 - 6.5
AMALAN KULTUR
Penyedian Kawasan :
Keledek ditanam di atas batas. Saiz batas adalah 60 - 90 cm lebar dan 30 - 40 cm tinggi. Untuk varieti yang kecil seperti Kuala Bikam, lebar batas adalah 60 cm .
Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman   : Keratan : 25 - 30 cm panjang
Jarak tanaman            : 25 - 30 cm dalam baris, 90 - 120 cm antara baris
Kepadatan tanaman/ha : 27,777 - 44,444 tanaman
Teknik penanaman      : Keratan ditanam secara sending 45° , kedalaman 15 - 20 cm.
Pengurusan Air :
Tanaman keledek memerlukan air terutamanya di peringkat 2 bulan pertama penanaman secara manual atau sistem pengairan renjis. Perparitan diperlukan untuk kawasan rendah. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air berlebihan ke parit utama .
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
JenisTanah |
Kadar dan Jenis Baja (mt/ha)
|
Masa Membaja |
Tanah bris - Siri Rudua | 10 - 15 bahan organik 1.2 baja kompaun * |
Bahan organik dicampur dengan tanah 3 - 4 hari sebelum menanam
|
Tanah bris - Siri Baging | 25 - 30 bahan organik 1.2 baja kompaun * |
Baja kompaun diberi pada 10, 32 dan 57 hari selepas menanam
|
Tanah bekas lombong | 25 - 30 bahan organik 1.2 baja kompaun * |
|
Tanah mineral | 5 - 10 bahan organik 1.0 baja kompaun * |
- |
Tanah gambut | 1.1 baja kompaun * | - |
* (12:12:17:2)
PENGURUSAN PEROSAK
Penyakit :
Perosak | Simptom | Kawalan |
Penyakit
|
||
Bintik daun (Cercospora batatae /Â Periconia byssoides) |
Bintik perang pada daun. Daun berkerekot. |
Benomyl pada kadar 0.1 % b.a. |
Reput ubi keledek (Ceratocystis paradoxa / Rhizopus oryzae) |
Ubi keledek jadi reput dan bau busuk. | Elak kecederaan ubi. Bersihkan kulit ubi |
Serangga
|
||
Kumbang pengorek ubi (Cylas formicarius) |
Kerosakan ubi. | Heptachlor 0.1 %. Tanaman bergilir. |
Ulat pengorek batang (Omphisa anastomosalis) |
Batang dan sulur dikorek larva. | Carbary 0.1 % Tanaman bergilir. |
Vertebrate
|
||
Tikus | Kerosakan ubi keledek | Racun tikus seperti Brodifacoum |
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI
Masa kutipan hasil :
3 - 5 bulan selepas menanam .
Tanda kematangan :
Daun bahagian bawah bertukar kekuningan dan beransur layu.
Penyimpanan :
Ubi keledek mestilah kering dan disimpan tempat teduh yang terbuka.
EKONOMI PENGELUARAN
Hasil/ha | 17,500 kgl |
Harga/kg | RM0.40 |
Kos Pengeluaran/ha | RM5,254.50 |
Pendapatan Kasar/ha | RM7,000.00 |
Pendapatan Bersih/ha | RM1,745.50 |