Program Pembangunan Industri

Tujuan

-Membangunkan enterprise dan usahawan asas tani ke arah pembangunan industri asas tani yang mampan.
-Meningkatkan pendapatan peserta melalui aktiviti nilai tambah terutama mereka yang berpendapatan kurang RM 1000/bulan.
-Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tani dalam bidang asas tani dan pengurusan bisnes.

Komponen Program

1. Kumpulan Pengembangan Wanita ( KPW )
Ditubuhkan di peringkat kampung dengan struktur organisasi teratur:

- Meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar

- Memberi peluang kepada suri rumah menceburi bidang perusahaan pemprosesan makanan secara berkumpulan.


2. Industri Kecil
- Sebahagian usahawan yang lahir dari KPW yang berupaya menjalankan perusahaan secara individu
- Terdapat juga usahawan bukan dari ahli KPW
- Pengusaha individu yang menjalankan perusahaan secara kecilan kepada komersil
- Produk yang dikeluarkan juga berasaskan pertanian seperti hasilan kacang soya, kordial, hasilan cili.

3. Pusat Pembangunaan Keluarga Tani
- Terdiri dari makmal pemprosesan makanan dan bilik kuliah
- Diwujudkan untuk membimbing dan membantu pengusaha supaya lebih maju dan berdikari untuk mempertingkatkan perusahaan ke tahap  yang lebih komersil.
- Berperanan dalam memberi khidmat nasihat berupa kursus dan latihan
- Kursus yang dianjurkan meliputi kursus pemprosesan makanan, pembungkusan, kawalan mutu, perakaunan dsb.

Aktiviti yang dijalankan

1. Pembangunan produk dan kawalan mutu
2. Promosi dan pemasaran
3. Khidmat nasihat
4. Kursus dan latihan keapda pengusaha
5. Lawatan belajar kepada pengusaha