1. | Khidmat Perundingan & Nasihat Teknikal |
|||
A. | Khidmat Pengembangan & Perundingan Pertanian | |||
i. | Khidmat perundingan dan nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap. |
|||
B. | Maklumbalas Permohonan Projek | |||
i. | Maklumbalas permohonan projek-projek pertanian / latihan pertanian akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap. |
|||
C. | Khidmat kepakaran data geospatial dan kesesuaian tanah dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: | |||
i. | Pengeluaran data geospatial, peta tanah, peta guna tanah dan peta terbitan dalam tempoh 14 hari selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan dan bayaran. | |||
ii. | Pengeluaran Laporan Pengesahan Kesesuaian Tanah-Tanaman dalam tempoh 14 hari termasuk pembayaran fi. |
|||
2. | Khidmat Analisis Pertanian |
|||
A. | Khidmat kepakaran analisis makmal akan diberi dalam tempoh hari bekerja bagi analisis seperti berikut bermula daripada tarikh sampel diterima: |
|||
Tanah | ||||
i. | Proses pengeringan, penghancuran dan pengasingan sampel tanah basah maksimum 80 sampel dalam tempoh 20 hari. | |||
ii. | Analisis tanah bagi parameter pH dan konduktiviti maksimum 50 sampel dalam tempoh 5 hari. | |||
iii. | Analisis tanah bagi parameter pH, konduktiviti, Al, Fe, P, Ca, Mg, K, Na, C, N, S dan CEC maksimum 50 sampel dalam tempoh 10 hari. | |||
iv. | Analisis kimia dan fizik tanah maksimum 30 sampel dalam tempoh 12 hari. |
|||
Daun | ||||
i. | Proses pengeringan dan pengisaran sampel daun basah maksimum 20 sampel dalam tempoh 5 hari. | |||
ii. | Analisis daun bagi sampel yang telah siap diproses maksimum 20 sampel dalam tempoh 7 hari. |
|||
Baja | ||||
i. | Analisis baja bagi parameter kelembapan dan kandungan abu maksimum 50 sampel dalam tempoh 5 hari. | |||
ii. | Analisis baja bagi parameter N, P, K, Mg, Ca dan logam berat* maksimum 50 sampel dalam tempoh 7 hari. |
|||
Air | ||||
i. | Analisis air bagi parameter logam berat*, pH, konduktiviti dan jumlah kandungan pepejal maksimum 30 sampel dalam tempoh 5 hari. |
|||
Logam Berat | ||||
i. | Analisis logam berat bagi hasil pertanian maksimum 25 sampel dalam tempoh 7 hari. |
|||
Residu Racun Perosak | ||||
i. | Analisis residu racun perosak dalam hasil pertanian untuk tujuan eksport maksimum 10 sampel dalam tempoh 10 hari. |
|||
* Perkhidmatan analisis yang ditawarkan kepada agensi kerajaan sahaja | ||||
** Kesemua sampel yang melebihi had maksimum akan dianalisis bermula pada 5-20 hari berikutnya dalam tempoh yang sama bagi setiap analisis seperti yang ditetapkan. |
||||
B. | Khidmat kepakaran diagnostik tanaman dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: | |||
i. | Diagnostik ladang bagi perosak tanaman dalam tempoh 5 hari. | |||
ii. | Diagnostik makmal bagi perosak tanaman dalam tempoh 10 hari. | |||
iii. | Diagnostik makmal bagi perosak tanaman yang memerlukan pengkulturan dalam tempoh 20 hari. |
|||
3. | Khidmat Regulatori |
|||
A. | Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh pemeriksaan konsainan dilaksanakan seperti berikut: |
|||
i. | Kelulusan permohonan pengimportan bagi mikroorganisma dan bahan organan dalam tempoh 40 hari. | |||
ii. | Sijil Fitosanitasi dan Sijil / Permit CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari. |
|||
B. | Akta Racun Makhluk Perosak 1974 : Kelulusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: |
|||
i. | Penilaian data toksikologi, perumusan, residu, kemujarapan dan analisis makmal serta label untuk tujuan pendaftaran baru racun makhluk perosak dalam tempoh 90 hari. | |||
ii. | Permit import racun makhluk perosak yang tidak berdaftar untuk tujuan pelajaran / penyelidikan dalam tempoh 10 hari. | |||
iii. | Lesen pengendali kawalan makhluk perosak (PCO) dalam tempoh 14 hari. | |||
iv. | Pelesenan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak dalam tempoh 10 hari. | |||
v. | Pengiklanan racun makhluk perosak (secara fast track) di semua media cetak dalam tempoh 10 hari. | |||
vi. | Pelesenan premis untuk menjual / menyimpan untuk jualan dalam tempoh 15 hari. |
|||
C. | Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 : Kelulusan satu Hak Pembiak Baka, mengikut kaedah pemeriksaan yang ditetapkan, akan diselesaikan dalam tempoh bermula dari Tarikh Pemfailan sehingga perakuan Lembaga Varieti Tumbuhan mengikut jenis tanaman seperti berikut: |
|||
i. | Bagi permohonan diuji dengan kaedah ‘Pemeriksaan di Tapak’ atau ‘Ujian Penanaman’ : | |||
- | Tanaman singkat masa adalah dalam tempoh 3 tahun atau; | |||
- | Tanaman buah-buahan adalah dalam tempoh 5 tahun atau; | |||
- | Tanaman jangka masa panjang adalah dalam tempoh 10 tahun. |
|||
ii. | Bagi permohonan diuji dengan kaedah Pemeriksaan dokumen : dalam tempoh 2 tahun (dengan syarat Laporan Luar Negara telah diperolehi). |
|||
D. | Permohonan dan pendaftaran bagi pengimportan kubis bulat dan kelapa tua biji akan diluluskan dalam tempoh 3 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap. |
|||
4. | Khidmat Inspektorat (Pensijilan dan Pengesahan) |
|||
A. | Pengeluaran Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Sijil Organik Malaysia (myOrganic) dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan Ladang Malaysia. |
|||
B. | Pensijilan yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: | |||
i. | Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme), MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh 30 hari. |
|||
C. | Perakuan pengesahan kualiti bagi konsainan bahan tanaman yang memenuhi syarat dan standard dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: | |||
i. | Analisis ujian kualiti benih padi (benih padi daftar & benih padi sah) dalam tempoh 14 hari. | |||
ii. | Pengesahan benih tanaman dalam tempoh 14 hari. |
|||
5. | Aduan Pelanggan |
|||
A. | Aduan Pelanggan akan diselesaikan dalam tempoh: | |||
i. | 15 hari bekerja (Aduan Biasa). | |||
ii. | 16 hari dan ke atas dan boleh mencecah sehingga 365 hari* termasuk hari kelepasan am dalam tahun kalendar berkenaan (Aduan Kompleks). |
|||
* Tertakluk kepada kompleksiti aduan yang diterima |