PIAGAM PELANGGAN

  • Menghantar Laporan Siasatan Tanah (Permohonan Ubah Syarat Tanah) kepada pihak Pejabat Tanah dalam tempoh 28 hari bekerja setelah permohonan diterima.
  • Memaklumkan keputusan permohonan mengikuti kursus di Pusat-pusat Latihan Pertanian dalam tempoh 7 hari bekerja melalui e-kursus tani sebelum tarikh kursus yang dipohon sekiranya permohonan diterima 14 hari bekerja sebelum kursus bermula.
  • Menghantar Laporan Siasatan Tanah (Permohonan Senjata Api) kepada pihak Polis dalam tempoh 21 hari bekerja setelah permohonan diterima.
  • Membalas setiap surat dan e-mel yang diterima dalam tempoh tiga hari bekerja.

ETIKA KERJA

  • Sentiasa menjaga imej dan nama baik perkhidmatan awam.
  • Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh jujur, amanah dan saksama.
  • Sentiasa menolak segala bentuk rasuah dan memberi layanan sama rata kepada semua pelanggan.
  • Sentiasa mengutamakan kepentingan tugas dari kepentingan diri sendiri.
  • Sentiasa menepati waktu dalam menjalankan tugas.
  • Sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra dan segera kepada pelanggan.
  • Jangan sekali-kali menerima wang/hadiah/keraian sebagai upah menolong mempercepatkan proses kelulusan.
  • Sentiasa memupuk semangat sebagai satu pasukan dan ingin membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan dan sokongan.
  • Sentiasa mempercepatkan dan tidak melengahkan urusan bayaran kepada semua pihak yang berhak mendapat bayaran.
  • Sentiasa menunjukkan tahap profesionalisme dan kemahiran yang tinggi terutama kepada pelanggan Jabatan.
  • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan tugas.
  • Tidak menipu Jabatan dan pelanggan.
  • Sentiasa berjimat dalam pengurusan kewangan.
  • Sentiasa berbudi pekerti mulia dan mengelak dari berpakat atau memilih kasih dalam semua urusan perolehan.
  • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti Jabatan.

 

FUNGSI BAHAGIAN TEKNIKAL :-

BAHAGIAN PENGURUSAN & PEMULIHARAAN SUMBER TANAH

  • Memberi khidmat siasatan tanah, gunatanah, dan pemuliharaan tanah
  • Menyediakan khidmat analisa tanah, tumbuhan, baja dan hasil pertanian
  • Menyedia maklumat berkaitan sumber tanah dan pemetaan gunatanah

BAHAGIAN BIOSEKURITI TUMBUHAN

  • Khidmat perlindungan tanaman
  • Penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

BAHAGIAN INDUSTRI TANAMAN 

  • Membangunkan pakej teknologi tanaman padi, tanaman industri & komoditi berpotensi serta florikultur.
  • Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan nasihat kepada pengusaha tanaman.
  • Mengeluarkan dan membekalkan benih dan bahan tanaman berkualiti kepada pengusaha tanaman.
  • Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi kepada pengeluar benih padi sah swasta.
  • Membangunkan pakej teknologi tanaman padi, tanaman industri & komoditi berpotensi serta florikultur.
  • Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan nasihat kepada pengusaha tanaman.
  • Mengeluarkan dan membekalkan benih dan bahan tanaman berkualiti kepada pengusaha tanaman.
  • Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi kepada pengeluar benih padi sah swasta.

BAHAGIAN KEJURUTERAAN PERTANIAN

  • Khidmat perundingan teknologi kejuruteraan pertanian
  • Promosi teknologi kejuruteraan pertanian
  • Khidmat perolehan, pembaikan, penyelenggaraan dan pelupusan logistik
  • Pembangunan infrastruktur ladang dan sumber air.

BAHAGIAN  RACUN PEROSAK DAN BAJA

  • Penguatkuasaan Akta Racun Perosak 1974

MATLAMAT

  • Mewujudkan masyarakat tani yang progresif supaya mereka dapat menyertai secara aktif dalam arus pembangunan negara khususnya sektor pertanian.
  • Meningkatkan sumbangan sektor pertanian dalam ekonomi negara dengan menggalakkan dan memajukan tanaman-tanaman yang berdaya maju.

STRATEGI

  • Penekanan utama ialah ke arah penyediaan perkhidmatan pengembangan dan sokongan teknikal yang berkesan bagi mewujudkan masyarakat tani yang progresif dan komersil.
  • Penekanan adalah ke arah pembangunan komoditi yang berlandaskan pengurusan kelompok secara komersial dan penggunaan sumber-sumber yang sedia ada secara optima.
  • Langkah-langkah akan terus diambil untuk memesatkan perlaksanaan akta-akta pertanian iaitu Akta Racun Makhluk Perosak (1994) dan Akta Kuarantin Tumbuh-Tumbuhan (1976). Di samping itu Jabatan juga akan melaksanakan larangan-larangan mengenai Eksport di bawah Akta Kastam (1988).

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.
  • Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.
  • Mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.
  • Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.
  • Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.
  • Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara dari terancam pupus.

FUNGSI

Jabatan Pertanian Negeri

  • Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
  • Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
  • Membangunkan Sumber Maklumat Pertanian Negara untuk kegunaan perancangan dan perlaksanaan pembangunan sektor pertanian.
  • Menjalankan latihan di Institut/Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
  • Mengawal selia mutu bahan/benih tanaman negara.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah berkualiti dan penggunaannya tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin 1976 untuk mencegah kemasukan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1998 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman janaplasma tidak terancam pupus.
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan pertanian.